Daniel Joseph Levy (lahir 9 Ogos 1983), turut dikenali sebagai Dan Levy, merupakan pelakon, penulis, penerbit dan personaliti TV Kanada. Levy dilahirkan di Toronto, Ontario, pada 1983, anak kepada Deborah Divine dan pelakon, Eugene Levy. Beliau merupakan abang kepada Sarah Levy.

Daniel Levy
Kelahiran
Daniel Joseph Levy

(1983-08-09) 9 Ogos 1983 (umur 40)
WarganegaraCanadian
Nama lainDan Levy
PekerjaanPelakon, penulis, penerbut, personaliti TV
Tahun aktif2000–kini
Ibu bapaEugene Levy (ayah)
Deborah Divine (ibu)
KeluargaSarah Levy (adik)

Levy memulakan kerjayanya dalam bidang seni apabila menjadi pengacara bersama menerusi program MTV The After Show dan turut pernah muncul dalam The Hills : The After Show dan The City: Live After Show bersama pengacara Jessi Cruickshank.[1] Sebelum itu, beliau merupakan salah seorang pengacara asal siri MTV Live bersama enam pengacara yang lain. Levy turut menulis, menerbitkan dan membintangi rancangan istimewa Krismas untuk MTV, Daniel Levy's Holi-Do's & Don'ts dan pengacara acara karpet merah MTV Movie Award , pratonton The X-Factor dan liputan untuk Sukan Olimpik Vancouver bagi saluran CTV. [2]

Pada 2008, beliau muncul dalam Canada's Next Top Model sebagai juri jemputan.[2]

Filemografi sunting

  • Cyberstalker sebagai Jack Dayton
  • Admisson sebagai James
  • Stage Fright sebagai Wartawan hiburan
  • Schitt's Creek sebagai David Rose

Rujukan sunting

  1. ^ "'The Hills: After Show,' heads to Hollywood". CTV News. 2007-12-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-05. Dicapai pada 2007-12-18.
  2. ^ a b "Dan Levy". IMDb. Dicapai pada 2016-08-28.

Pautan luar sunting