Daniele Padelli (lahir 25 Oktober 1985) merupakan pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Serie A, Inter Milan.

Daniele Padelli
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1985-10-25) 25 Oktober 1985 (umur 38)
Tempat lahir Lecco, Itali
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor 27
Kerjaya remaja
2001–2002 Lecco
2002–2004 Como
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Como 0 (0)
2004–2012 Sampdoria 0 (0)
2005–2006Pizzighettone (pinjam) 33 (0)
2006–2007Crotone (pinjam) 1 (0)
2007Liverpool (pinjam) 1 (0)
2008–2009Pisa (pinjam) 7 (0)
2008–2009Avellino (pinjam) 15 (0)
2009–2011Bari (pinjam) 3 (0)
2011–2012Udinese (pinjam) 0 (0)
2012–2013 Udinese 9 (0)
2013–2017 Torino 100 (0)
2017– Inter Milan 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2005–2007 Itali B20 7 (0)
2006 Itali B21 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 July 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 November 2015

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Padelli telah memulakan kariernya untuk kelab yang beraksi di Seconda Categoria, Delebio yang terletak di Valtellina. Seterusnya, beliau berpindah ke Lecco pada tahun 2001 sebelum menyertai Como setahun kemudian. Pada tahun 2004, beliau melakukan perpindahan ke Sampdoria. Beliau beraksi untuk skuad Primavera sebelum dipinjamkan ke kelab Pizzighettone yang beraksi di Serie C1 (33 penampilan dan 29 gol bolos) dan Crotone (satu penampilan bersama dua gol bolos).

Liverpool (pinjam) sunting

Pada 12 Januari 2007, Padelli telah dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool untuk sepanjang musim 2006—07.[1] Beliau melakukan satu-satunya penampilan untuk Liverpool pada 13 Mei 2007 dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris menentang Charlton Athletic sekali gus menandakan beliau merupakan pemain bola sepak Itali pertama beraksi untuk kelab Inggeris itu. Namun, prestasinya yang hambar apabila beliau dibolosi dua gol menyebabkan Reds terikat seri 2-2.[2] Beliau kembali semula ke Sampdoria pada 8 Jun 2007.[3]

Pisa (pinjam) sunting

Pada 5 Julai 2007, beliau secara rasminya telah dipinjamkan ke Pisa yang beraksi di Serie B. Beliau telah tampil dalam beberapa perlawanan persahabatan bersama Pisa bahkan dalam perlawanan Coppa Italia menentang Napoli. Dalam kempen liga, Giampiero Ventura telah memilih beliau untuk menjadi penjaga gol utama sekali gus menewaskan tempat yang sebelumnya diisi oleh penjaga gol yang lebih berpengalaman iaitu, Davide Morello. Namun, beliau telah mengakhiri musimnya dengan melakukan tujuh penampilan dan dibolosi sepuluh gol. Semasa musim 2008–09, beliau telah dipinjamkan ke kelab Avellino bersama pilihan untuk melakukan pembelian tetap. Beliau telah beraksi dalam 15 perlawanan dan dibolosi 29 gol. Musim itu juga menyaksikan pasukannya disingkirkan ke Lega Pro Prima Divisione pada penghujung musim. Beliau akhirnya kembali ke Sampdoria.

Bari (pinjam) sunting

Pada 2 Julai 2009, beliau telah berpindah ke Bari secara pinjaman[4] sebagai penjaga gol kedua di belakang Jean-François Gillet. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A bersama Bari pada 9 Mei 2010 ketika menentang Udinese yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat seri 3-3. Pada 29 Julai 2010, tempoh pinjamannya telah dilanjutkan. Pandelli berpeluang beraksi dalam perlawanan pertamanya bagi kempen 2010-11 ketika seri 1-1 menentang Palermo.

Udinese sunting

Pada 25 June 2011, beliau telah dipinjamkan ke Udinese. Pada 27 Ogos 2012, beliau telah dijual ke Udinese. Bersama kelab itu, beliau mengakhiri musim dengan status sebagai penjaga gol kedua pasukan dengan beraksi sebanyak 12 perlawanan di seluruh kejohanan.

Torino sunting

Pada 29 Mei 2013, Padelli telah diikat oleh Torino menerusi perpindahan percuma. Berikutan penggantungan Jean-François Gillet, beliau telah menjadi penjaga gol utama. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam pusingan ketiga Coppa Italia menentang Pescara yang menyaksikan Torino dibolosi dua gol yang berkesudahan Torino tewas 1-2. Padelli beraksi dalam tiap-tiap perlawanan Torino bagi musim 2013–14 dengan memastikan Torino menempah tiket ke kejohanan Liga Europa[5] semenetara beliau telah tampil dalam 38 perlawanan. Beliau juga dinobatkan sebagai "penjaga gol paling dikagumi" oleh semasa Italian Sport Awards pada 21 Mei 2014. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Torino dalam perlawanan Eropah ketika pusingan ketiga kelayakan Liga Europa menentang wakil Sweden, Brommapojkarna.[6]

Setelah ketibaan Joe Hart dari Manchester City, Padelli kehilangan posisinya dalam kesebelasan utama Torino dan mengakhiri musimnya dengan menamatkan kontraknya. Beliau mengakhiri kariernya di Torino selepas empat musim dengan 116 penampilan dalam saingan liga, Coppa Italia dan Liga Europa.

Inter Milan sunting

Padelli dibawa masuk ke Inter Milan pada pertengahan tahun 2017.[7][8] Padelli dilaporkan bersetuju untuk menyertai Inter secara rasminya di bawah status ejen bebas mulai 1 Julai. Padelli bersama rakan sepasukannya yang juga seorang penjaga gol, Tommaso Berni telah menandantangani kontrak baru selama satu tahun pada 28 Jun 2019.[9]

Kerjaya antarabangsa sunting

Padelli telah dipanggil untuk mewakili pasukan bawah-20 Itali sebanyak 14 kali dan beliau telah beraksi sebanyak tujuh perlawanan. Pada 21 Disember 2006, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali ketika menentang Luxembourg yang berkesudahan Itali menang 2-0.

Pada 30 Ogos 2014, beliau telah dipanggil oleh pasukan senior Itali buat pertama kali ketika di bawah kendalian jurulatih baru, Antonio Conte untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Belanda dan kelayakan Euro 2016 menentang Norway pada 9 September.[10]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 13 Januari 2019.[11]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Pergolettese 2005–06 33 0 1 0 34 0
  Crotone 2006 1 0 1 0 2 0
  Liverpool 2007 1 0 0 0 1 0
  Pisa 2007–08 7 0 1 0 8 0
  Avellino 2008–09 15 0 0 0 15 0
  Bari 2009–10 1 0 0 0 1 0
2010–11 2 0 3 0 5 0
Jumlah 3 0 3 0 6 0
  Udinese 2011–12 0 0 0 0 0 0 0 0
2012–13 9 0 1 0 2 0 12 0
Jumlah 9 0 1 0 2 0 12 0
  Torino 2013–14 38 0 1 0 39 0
2014–15 25 0 1 0 12 0 38 0
2015–16 35 0 0 0 35 0
2016–17 2 0 2 0 4 0
Jumlah 100 0 4 0 12 0 116 0
  Inter Milan 2017–18 0 0 1 0 1 0
2018–19 0 0 1 0 0 0 1 0
Jumlah 0 0 2 0 2 0
Jumlah kerjaya 169 0 13 0 14 0 196 0
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Europa

Catatan sunting

  1. ^ Adams, Tom (c. 2017). "Reds swoop for Samp starlet". Skysports. Dicapai pada 22 August 2019.
  2. ^ "Addicks Spoil Fowler's Finale". skysports.com. 2007-05-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2007. Dicapai pada 2007-06-10.
  3. ^ "Padelli returns to Italy after loan spell" (Siaran akhbar). Liverpool F.C. 2007-06-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-26. Dicapai pada 2014-09-28. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Bari snap up Sampdoria keeper Padelli Diarkibkan 2009-07-09 di Wayback Machine
  5. ^ "2013 2014 regular season". soccerway.com. Dicapai pada 21 May 2014.
  6. ^ "BROMMAPOJKARNA VS. TORINO 0 - 3". soccerway.com. Dicapai pada 2 August 2014.
  7. ^ "Padelli signs for Inter". Inter Milan. 3 July 2017. Dicapai pada 4 July 2017.
  8. ^ "Calcio Mercato" (dalam bahasa Italian). Lega Serie A. 1 July 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2017. Dicapai pada 1 July 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Daniele Padelli to remain at Inter until 2020". Inter Milan. 28 June 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-29. Dicapai pada 29 June 2019.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-03. Dicapai pada 2019-09-06.
  11. ^ "Matteo Politano". Soccerway. Dicapai pada 29 May 2018.

Pautan luar sunting