Daniesh Suffian

Nur Muhammad Daniesh Mohd Suffian (lahir 1 Oktober 1998) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan serangkaian lagu popularnya termasuk "Terabadi" dan "Pilihlah Aku". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian sebagai salah seorang daripada 24 penyanyi amatur Vokal Mania.[1]

Daniesh Suffian
Nama lahirNur Muhammad Daniesh bin Mohd Suffian
Kelahiran (1998-10-01) 1 Oktober 1998 (umur 23)
Tawau, Sabah, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi, komposer, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2017–kini
Syarikat rakaman
World Peace Entertainment
Pengkarya berkait
Farisha Iris

KerjayaSunting

Daniesh Suffian mengikat kontrak bersama World Peace Entertainment yang turut menaungi Ismail Izzani, Naim Daniel dan Firdaus Rahmat. Beliau telah merakamkan sejumlah lagu-lagunya yang dikeluarkan sebagai single antaranya ialah "Terabadi", "Pilihlah Aku" dan "Simpan". Daniesh juga pernah berduet bersama penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari menerusi satu konsert selain konsert ulang tahun Siti Nurhaliza.[2] Daniesh juga pernah menghadiri ujibakat Akademi Fantasia musim ke-13.[3]

Pada Oktober 2020, beliau merupakan salah seorang 24 peserta amatur, juga dikenali sebagai Rookie dalam Vokal Mania di TV3 antara lain turut disertai oleh Tuah Adzmi, Wafariena Roslan dan Aisha Retno.[1] Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membintangi drama pertamanya, Romantika 4 Hari 3 Malam dengan memegang watak sebagai Baim.

Kehidupan peribadiSunting

Daniesh dilahirkan di Tawau, Sabah. Beliau mendedahkan dalam satu temubual bersama mStar Online bahawa beliau pernah tertekan gara-gara bentuk fizikalnya yang kurus menjadi kritikan.[4] Beliau juga dikatakan berwajah seiras legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.[3]

DiskografiSunting

SingleSunting

Tajuk Tahun
"Hingga Kau Terlupa" 2017
"I'm Okay" 2018
"Terabadi" 2019
"Pilihlah Aku" 2020
"Simpan"
"Dengan Caraku" (feat. Farisha Iris)
"Warna Warni" (feat. Aina Abdul) 2021
"Mahligai"
"Serpihan"

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Romantika 4 Hari 3 Malam Baim TV3 Lakonan pertama

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Immortal Songs Malaysia Dirinya sendiri TV3
Vokal Mania Peserta Rookie

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon [5]

RujukanSunting

  1. ^ a b Padin (31 Oktober 2020). "Vokal Mania: "Nak kalahkan idol? Tiada yang mustahil" - Daniesh Suffian". XTRA. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 Jun 2019). "Rakan pengkritik utama". Harian Metro. Dicapai pada 14 Februari 2020.
  3. ^ a b "Daniesh Suffian: The Cristiano Ronaldo lookalike who likes to sing" [Daniesh Suffian yang berwajah seiras Cristiano Ronaldo yang suka menyanyi] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 16 September 2019. Dicapai pada 14 Februari 2020.
  4. ^ Qarami Hashim (30 April 2020). "Daniesh Suffian hilang keyakinan diri setiap kali ditegur terlalu kurus - "Sebulan PKP saya berazam nak naikkan berat badan"". mStar Online. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  5. ^ Zaidi Mohamad (6 November 2020). "Pencalonan ABPBH 33 tebus duka Daniesh". Berita Harian. Dicapai pada 14 Februari 2021.

Pautan luarSunting