Danny Ooi merupakan pengasas The Malaysia Book of Records (MBOR), buku rekod yang diasaskan oleh beliau pada 1995.[1] Beliau juga merupakan penulis buku autobiografinya, Dare To Dream: The Untold Story.[2]

Kehidupan dan kerjaya awalSunting

Danny Ooi dibesarkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan. Beliau pernah melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara keluarganya. Pada awal 1990an, beliau pernah berkhidmat untuk beberapa pertandingan ratu cantik tempatan dan antarabangsa.[1]

The Malaysia Book of RecordsSunting

Pada tahun 1989, Danny mula mengumpulkan idea untuk mewujudkan satu buku rekod dengan apa yang akan dikenali sebagai The Malaysia Book of Records.[1] Ia merupakan projek yang dilancarkan sejajar dengan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi kempen "Malaysia Boleh!".[1]

Projek ini berjaya direalisasikan pada 11 Julai 1995 bermula dengan rekod kosong, pada 1998, edisi pertama MBOR telah diterbitkan dengan 1,200 penyertaan. Sehingga 2013, terdapat 4,000 rekod telah disimpan oleh MBOR.[1] MBOR meraikan ulang tahun ke-20 pada 2015.[3]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e Marjorie Chiew (29 November 2013). The man behind the Malaysia Book of Records The Star Online. Diperoleh pada 29 November 2013.
  2. ^ Inspired by Book of Records founder The Star Online (28 September 2014). Diperoleh pada 27 Oktober 2014.
  3. ^ Malaysia Book of Records turns 20 The Star Online (22 September 2015). Dicapai pada 27 Oktober 2015.

Pautan luarSunting