Dany Nounkeu

Cameroonian footballer

Dany Achille Nounkeu Tchounkeu (lahir 11 April 1986) merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain untuk kelab Granada CF secara pinjaman dari kelab Galatasaray dan untuk pasukan kebangsaan Cameroon. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Dany Nounkeu
Maklumat peribadi
Nama penuh Dany Achille Nounkeu Tchounkeu
Tarikh lahir (1986-04-11) 11 April 1986 (umur 38)
Tempat lahir Yaoundé, Cameroon
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Granada (pinjaman dari Galatasaray)
Nombor 12
Kerjaya remaja
2000–2005 Collège Vogt Atletic
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2006 Metz B 13 (0)
2006–2008 CSO Amnéville 16 (3)
2008–2009 Pau FC 24 (0)
2009–2010 Toulouse 18 (0)
2010–2012 Gaziantepspor 46 (0)
2012– Galatasaray 30 (0)
2014Beşiktaş (pinjaman) 9 (0)
2014–Granada (pinjaman) 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2003 Cameroon B17 2 (0)
2010– Cameroon 18 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 September 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 Ogos 2014

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Nounkeu memulakan kerjaya bola sepaknya di Collège Vogt Atletic di Yaoundé dan sertai FC Metz pada Julai 2005. Selepas itu, beliau berpindah ke CSO Amnéville yang beraksi di divisyen yang sama.

Pada Julai 2008, Nounkeu berpindah ke Pau FC dan bermain sebanyak 28 perlawanan dalam kempen 2008–09.

Toulouse sunting

Pada 5 Jun 2009, Nounkeu menandatangani kontrak empat tahun bersama Toulouse FC. Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan barunya pada 12 September menentang AS Nancy Lorraine, seri 0-0.[1]

Nounkeu bermain 17 perlawanan liga dalam musim pertamanya untuk Toulouse dan kelabnya menduduki tempat ke-14 liga.

Gaziantepspor sunting

Pada 1 September 2010, Nounkeu menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Turki, Gaziantepspor dengan bayaran yang tidak didedahkan. Beliau membuat debut untuk kelabnya pada 30 Oktober menentang Karabükspor, seri 0-0.

Nounkeu bermain 28 perlawanan liga dan pasukannya menduduki tempat ke-10 liga.

Galatasaray sunting

Pada 8 Jun 2012, Nounkeu berpindah ke Galatasaray S.K. dan menandatangani kontrak empat tahun bersama bayaran €3.3 juta.[2][3] Beliau membuat debut pada 22 September, pasukannya menang 3–1 ke atas Beşiktaş J.K..

Pada 2 Februari 2014, selepas sahaja musim bunga dan pada kempen 2013-14, Nounkeu dipinjam ke Beşiktaş sehingga bulan Jun.[4] Beliau bermain sebanyak sembila perlawanan untuk kelab sebelum kembali ke Galatasaray apabila kontrak pinjamannya telah tamat.

Pada 30 Ogos 2014, Nounkeu sertai Granada CF selama satu musim.[5]

Kerjaya antarabangsa sunting

Nounkeu menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Cameroon pada November 2004 di bawah pengurus Winfried Schäfer.[6]

Penghargaan sunting

Galatasaray

Rujukan sunting

  1. ^ AS Nancy Lorraine – Toulouse FC; Ligue 1, 12 September 2009
  2. ^ Dany Nounkeu Join Galatasaray; Galatasaray's official website, 8 June 2012
  3. ^ Nounkeu and Umut sign up for Galatasaray; UEFA.com, 3 July 2012
  4. ^ Dany Nounkeu Leave Galatasaray; Galatasaray's official website, 2 February 2014
  5. ^ Dany Nounkeu on Loan to Granada Club De Futbol; Galatasaray's official website, 30 August 2014
  6. ^ "Dany Nounkeu s'engage avec le FC Toulouse". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-21. Dicapai pada 2014-12-28.

Templat:Skuad Granada CF