Istilah berdarah panas merupakan istilah percakapan yang menyifatkan spesies-spesies haiwan yang memiliki suhu darah yang agak tinggi serta mengawal homeostasis haba terutamanya melalui proses metabolisme dalaman. Ini merupakan ciri pada mamalia dan burung.

Imej termografi: ular berdarah sejuk menelan tikus berdarah panas

Kedua-dua istilah "berdarah panas" dan "berdarah sejuk" telah diketepikan oleh golongan ahli sains disebabkan kekaburan istilah-istilah tersebut seiring dengan pemahaman yang semakin luas terhadap bidang berkenaan. Jenis suhu badan bukan kategori yang jitu. Setiap istilah boleh diganti dengan istilah-istilah lain. Kawalan suhu badan menerapkan pelbagai teknik berbeza yang menyebabkan keselanjaran suhu badan.

Ciri-ciri darah panas sunting

Kepanasan darah umumnya memaksudkan tiga aspek kawalan suhu badan yang berlainan.

  • Endoterma adalah kebolehan sesetengah makhluk untuk mengawal suhu badannya secara dalaman seperti menggeletarkan otot atau meningkatkan metabolismenya (Yunani: endon = "di dalam", thermē = "haba"). Lawannya ialah ektoterma.
  • Homeoterma adalah kawalan suhu yang menjaga suhu badan dalaman yang stabil tanpa mengira pengaruh luaran. Suhu badan ini lazimnya tetapi tidak semestinya lebih tinggi daripada persekitaran terdekat (Yunani: homoios = "serupa", thermē = "haba"). lawannya ialah poikiloterma.
  • Takimetabolisme merupakan jenis kawalan suhu pada mahkluk yang menjaga metabolisme "rehat" yang tinggi (Yunani: tachys/tachus = "pantas, cepat", metabolēn = "perubahan"). Makhluk takimetabolis pada asasnya "berjaga" sepanjang masa. Walaupun metabolisme rehatnya jauh lebih perlahan dari metabolisme giat, namun beza ini lazimnya tidak seketara seperti makhluk bradimetabolis. Makhluk takimetabolis lebih sukar bertahan dalam keadaan kekurangan makanan.