Darahku merupakan sebuah filem Melayu yang dikeluarkan di Singapura pada tahun 1963. Filem ini ditayangkan dalam bentuk hitam putih tanpa warna. Filem ini diarahkan oleh Ramon A. Estella pada 1963.

Darahku
PengarahRamon A. Estella
Dihasilkan olehMaria Menado Production
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1963 (1963)
Negara
  • Singapura
BahasaMelayu

Ringkasan sunting

Filem Darahku merupakan filem tinju pertama di Malaysia.

Filem ini mengisahkan Pak Dollah dan isterinya yang buta mempunyai dua anak lelaki iaitu Osman dan Hussain. Pak Dollah membezakan kasih sayangnya kepada anak-anaknya itu. Beliau lebih menyayangi Hussain. Berbeza isterinya yang memberi sepenuh kasih sayang kepada Osman dan Hussain.


Hussain diberi kemewahan hingga dapat melanjutkan pelajarannya ke universiti. Osman seringkali dikutuk dan dideranya walaupun dia melakukan kebaikan seperti mencari pekerjaan untuk membantu ayahnya yang mencari rezeki dengan menjual barangan ukiran. Osman mendapat simpati dari Rohani yang seringkali datang ke rumah mereka membantu ibunya. Apabila dewasa, perangai Hussain dan Osman berbeza sekali dimana Hussain walaupun sudah menjadi mahasiswa terpelajar tetapi menjadi penipu, berpura-pura meminta belas kasihan ayah dan abangnya, untuk mendapatkan wang bagi membolehkannya berfoya-foya dengan wanita-wanita termasuk teman-teman universitinya.Semasa berfoya-foya itulah Hussain tertarik dan jatuh cinta dengan anak gadis hartawan, Faridah, sehingga kedua-dua mereka berjanji untuk berkahwin.


Apabila dewasa, perangai Hussain dan Osman berbeza sekali dimana Hussain walaupun sudah menjadi mahasiswa terpelajar tetapi menjadi penipu, berpura-pura meminta belas kasihan ayah dan abangnya, untuk mendapatkan wang bagi membolehkannya berfoya-foya dengan wanita-wanita termasuk teman-teman universitinya.Semasa berfoya-foya itulah Hussain tertarik dan jatuh cinta dengan anak gadis hartawan, Faridah, sehingga kedua-dua mereka berjanji untuk berkahwin.

Pelakon sunting

Lagu sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting