Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia

Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia ialah salah satu set darjah kebesaran negara di Malaysia. Ia anugerah kebesaran keempat tertinggi dalam senarai darjah kebesaran persekutuan Malaysia.[perlu rujukan]

Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
Dianugerahkan oleh

Yang di-Pertuan Agong
JenisPerintah
Dizahirkan15 April 1966
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
RebenJalur biru dan merah ditepi
Dianugerahkan untukPerkhidmatan cemerlang kepada negara
StatusMasih dikurniakan
PenganugerahYang di-Pertuan Agong
GredSeri Setia Mahkota / Panglima / Johan
Singkatan darjahSSM / PSM / JSM
Perangkaan
Pelantikan pertama1966[1]
Pelantikan terakhir2021
Jumlah lantikan47 SSM
1,001 PSM
2,587 JSM
20 SSM (Kehormat)
123 PSM (Kehormat)
44 JSM (Kehormat)
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Yang Mulia Pangkuan Negara[2]
Lebih rendahDarjah Bakti[2]

SSM / JSM

PSM
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ia dikeluarkan mengikut penetapan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia. Watikah penganugerahan ditandatangani oleh pendaftar darjah dan menteri darjah untuk memastikan ketulenan watikah yang dikeluarkan, sebelum ditandatangani Yang di-Pertuan Agong.[3]

Darjah ini mempunyai tiga pangkat.[4]

Senarai

Pangkat Pertama - Seri Setia Mahkota

Seri Setia Mahkota (S.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang telah banyak berbuat jasa yang cemerlang kepada negara dengan penuh tanggungjawab dan berpengaruh serta bertaraf tinggi kedudukannya. Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tun' bagi lelaki dan wanita, manakala isteri penerima pula bergelar 'Toh Puan'.[5]

Pangkat Kedua - Panglima Setia Mahkota

Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang mempunyai taraf kedudukan yang tinggi serta terkenal kerana khidmat cemerlang kepada negara dalam apa jua lapangan. Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' bagi lelaki dan wanita, manakala isteri penerima pula bergelar 'Puan Sri'.[5]

Pangkat Ketiga - Johan Setia Mahkota

Johan Setia Mahkota (J.S.M.) dikurniakan kepada mereka yang tinggi taraf kedudukan dan telah membuat jasa cemerlang kepada negara. Penerima tidak membawa sebarang gelaran.[5]

Isu dan perkembangan

Menteri Darjah

Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Musa Hitam telah dilantik sebagai menteri darjah bagi darjah ini. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk berkhidmat bermula 13 September 2024 dan akan berkhidmat selama tiga tahun, sehingga 12 September 2027.[6]

Rujukan

  1. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-11-13.
  2. ^ a b "PANDUAN PENCALONAN DKBPP 2018" (PDF). Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-08-26. Dicapai pada 2018-09-05. (Melayu)
  3. ^ "Agong perkenan lantik Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah untuk tempoh 3 tahun - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-25. Dicapai pada 2024-09-26.
  4. ^ "Pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan" (PDF).
  5. ^ a b c faizaljalal (2017-12-05). "Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP)". Faizal Jalal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-26.
  6. ^ BERNAMA (2024-09-25). "Musa Hitam dilantik Menteri Darjah (Chancellor) - PMO". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-26.

Pautan luar