Darjah Indera Mahkota Pahang

Darjah Kebesaran Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang[1] yang membawa gelaran Dato’ adalah dicadangkan bagi kurniaan terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada Raja Pemerintah, Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat keseluruhannya. Pengurniaan ini biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C ke atas atau yang setaraf dengannya dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya.

Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia
Dianugerahkan oleh Sultan Pahang
JenisPerintah
StatusMasih lagi dikurniakan
SultanAl-Sultan Abdullah
GredDarjah Indera Mahkota Pahang
Singkatan darjahDIMP
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
Lebih rendahSetia Ahmad Shah Pahang

Reben darjah kebesaran
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gelaran pemakaian

sunting

Ahli-ahli lelaki dan perempuan yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Peringkat Kedua bolehlah menggunakan gelaran Dato' sebelum nama mereka pada setiap masa. Isteri kepada ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran ini boleh menggunakan gelaran Datin sebelum nama mereka pada setiap masa.

Penerima terkenal

sunting

Rujukan

sunting