Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor
Rencana ini tidak mempunyai bahagian utama. (Ogos 2017) |
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Ogos 2017) |
Rencana ini memerlukan rujukan yang muncul di dalam penerbit pihak ketiga yang boleh dipercayai. Sumber-sumber primer atau sumber-sumber yang dihubungkan dengan perkara ini secara umumnya tidak cukup bagi sebuah rencana Wikipedia. Sila tambah petikan yang lebih sesuai bagi sumber-sumber yang boleh dipercayai. (Ogos 2017) |
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor untuk kelayakan penerima Darjah Kebesaran ini adalah sama dengan penerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor. Darjah kebesaran ini dizahirkan dalam tahun 1961. Bilangan kuota bagi Ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran ini ialah tidak lebih daripada 20 orang pada satu-satu masa dan bilangan maksima keseluruhannya ialah 600 orang.
Darjah Kebesaran Mahkota Selangor Yang Amat Mulia | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Sultan Selangor | |
Jenis | Dinastik |
Diasaskan | 1961 |
Negara | Malaysia |
Status | Masih Wujud |
Pengasas | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
Berdaulat | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Membawa Gelaran | Dato' |
Kelas | Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor |
Singkatan darjah | DPMS |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 28 Mac 1963 |
Pelantikan terakhir | 11 Disember 2023 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Lebih rendah | Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (tidak aktif) |
Bar reben[1] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Gelaran penerima
suntingAhli-ahli yang menyandang kurniaan ini berhak menggunakan gelaran "Dato' " bagi Ahli Lelaki, "Datin Paduka" bagi Ahli Wanita dan "Datin" bagi isteri Ahli Lelaki. Suami kepada Ahli Wanita tidak berhak menggunakan apa-apa gelaran.
Lencana
suntingBentuk dan ukuran Lencananya adalah sama dengan Lencana Darjah S.P.M.S. kecuali lambang yang tertera di atas latar belakang yang rata sebagai menggantikan lambang yang diukir di atas latar belakang enamel merah Darjah Kebesaran S.P.M.S.
Bintang
suntingBintang Darjah Kebesaran ini adalah sama ukuran dan bentuknya dengan bintang Darjah Kebesaran S.P.M.S. tetapi tiada bintang perak pecahan lima.
Selempang
suntingSelepangnya diperbuat daripada kain sutera merah selebar 10 sm dengan jalur berwarna kuning selebar 2 sm di tengah-tengahnya dan dua jalur merah selebar 0.35 sm serta dua jalur kuning selebar 0.35 sm di kiri kanan jalur kuning di tengah-tengah Selepang. Ianya dipakai dari atas bahu sebelah kanan melintang ke bawah ke sebelah pinggang kiri.
Kaedah pemakaian
suntingBagi Ahli Wanita pula Lencana dan Bintangnya sama seperti Lencana dan Bintang Ahli Lelaki.
Selepang Darjah Kebesaran ini, adalah sama seperti Selepang Ahli Lelaki tetapi lebarnya berukuran 5.7 sm dengan jalur berwarna kuning selebar 1.14 sm di tengah-tengahnya dan dua jalur merah selebar 0.19 sm serta dua jalur kuning selebar 0.19 sm di kiri kanan jalur kuning di tengah-tengah Selepang.
Selepang bagi kurniaan Darjah Kebesaran ini telah diluluskan pemakaiannya dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 23 Disember 1998 atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkuatkuasa mulai 25 Februari 1999.[2]
Rujukan
sunting- ^ Lukasz Gaszewski. "Decorations and Medals of the Federation of Malaysia - State Awards". medals.pl. Dicapai pada 6 March 2018.
- ^ "DPMS". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-16. Dicapai pada 2016-12-16.