Darjah kebesaran negeri Perak
Darjah-darjah kebesaran dan pingat-pingat negeri Perak Darul Ridzuan merupakan antara darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak pada setiap tahun kepada rakyat-rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang telah banyak berjasa kepada Paduka Seri Sultan, masyarakat dan Negeri Perak itu sendiri.
Pengurniaan darjah kebesaran negeri diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebagai istana rasmi Sultan Perak untuk menganugerahkan anugerah darjah kebesaran tertinggi mahupun anugerah-anugerah lain negeri.
SenaraiSunting
Kumpulan I : Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati
- Darjah Kerabat (D.K.)
Kumpulan II : Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dihormati
Kumpulan III : Darjah Kerabat Azlanii Yang Amat Dihormati
- Pangkat Pertama - Darjah Kerabat Azlanii (D.K.A) I
- Pangkat Kedua - Darjah Kerabat Azlanii (D.K.A) II
Kumpulan IV : Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Mulia
Kumpulan V : Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Nazrin Shah Perak Yang Amat Mulia
- Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin (S.P.S.N) - Dato' Seri Diraja
Kumpulan VI : Darjah Yang Amat Mulia Paduka Cura Si Manja Kini
- Pangkat Pertama - Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) - Dato' Seri
- Pangkat Kedua - Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.) - Dato'
- Pangkat Ketiga - Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.)
- Pangkat Keempat - Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.)
Kumpulan VII : Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak
- Pangkat Pertama - Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) - Dato' Seri
- Pangkat Kedua - Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato'
- Pangkat Ketiga - Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
- Pangkat Keempat - Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)
Kumpulan VIII : Darjah Yang Amat Mulia Panglima Taming Sari
- Pangkat Pertama - Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S) - Dato' Seri Panglima
- Pangkat Kedua - Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) - Dato' Pahlawan
Kumpulan IX : Pingat-pingat negeri
- Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
- Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
- Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.)
Anugerah khasSunting
Anugerah yang telah dihentikanSunting
- Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A)
- Darjah Ahli Perwira Taming Sari (P.T.S.)
- Darjah Ahli Hulubalang Taming Sari (H.T.S)
- Darjah Ahli Kesatria Taming Sari (K.T.S)
- Darjah Ahli Perajurit Taming Sari (A.T.S)