Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia

Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia ialah suatu anugerah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan Pahang. Keahlian Darjah Kebesaran ini akan dianugerahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Pengganti Sultan.

Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia
Dianugerahkan oleh Sultan Pahang
JenisPerintah
Dizahirkan24 Oktober 1977 Sunting ini di Wikidata
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
StatusMasih lagi dikurniakan
SultanAl-Sultan Abdullah
Gred
  • Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang
  • Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
  • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
  • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
  • Ahli Ahmad Shah Pahang
Singkatan darjahSDSA, SSAP, DSAP, SAP, AAP
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Kerabat Seri Indera Mahkota Pahang
Lebih rendahDarjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia

SDSA

SSAP

DSAP

SAP

AAP
Reben darjah kebesaran
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Peringkat Darjah sunting

Darjah Kebesaran ini dianugerahkan khas oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan (atau pengganti Sultan). Darjah Kebesaran ini terdapat lima peringkat iaitu

Peringkat Utama: Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang
Peringkat Pertama: Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
Peringkat Kedua: Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
Peringkat Ketiga: Setia Ahmad Shah Pahang
Peringkat Keempat: Ahli Ahmad Shah Pahang

Tatacara darjah kebesaran sunting

Kekananan

Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia ini adalah terkanan kepada Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia.

Kelayakan

Orang Lelaki atau Perempuan boleh diterima menjadi ahli mana-mana Peringkat Darjah Kebesaran ini, yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada negeri.
Orang-orang daripada luar negeri yang fikirkan layak oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, patut dianugerahkan kehormatan menjadi ahli Darjah Kebesaran ini akan diberi gelaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang Kehormat atau Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang Kehormat atau Setia Ahmad Shah Pahang Kehormat atau Ahli Ahmad Shah Pahang Kehormat mengikut penganugerahannya.

Penggunaan Huruf- huruf Ringkas

Sesiapa yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Yang Amat Di Mulia boleh meletakaan huruf-huruf S.D.S.A., S.S.A.P., D.S.A.P., S.A.P., A.A.P., di hujung namanya mengikut penganugerahannya pada tiap- tiap masa.

Mohor

Cap Mohor Darjah Kebesaran ini hendaklah bercorak seperti Lencana Sri Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia , Peringkat Pertama - Sri Sultan Ahmad Shah Pahang.

Pendaftar

Pendaftar Darjah Kebesaran hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Pengganti Sultan dan hendaklah merakamkan semua perjalanan mengenai Darjah Kebesaran ini di dalam satu daftar yang diuntukkan bagi maksud tersebut.

Pembatalan Darjah Kebesaran

Jika berlaku perlucutan atau pembatalan mana-mana ahli Darjah Kebesaran ini, maka ahli hendaklah mengembalikan tanda-tanda kemuliaan untuk perkhidmatan bagi Darjah Kebesaran ini kepada Pendaftar.

Pengembalian Tanda Kemuliaan akibat Meninggal Dunia

Jika berlaku kematian mana-mana ahli biasa Darjah Kebesaran ini serta segala tanda-tanda kemuliaan dari Negeri ini yang dipakainya hendaklah dikembalikan kepada Pendaftar oleh waris atau wakil dari ahli tersebut, melainkan mereka telah menerima sepucuk surat daripada Menteri menyatakan adalah dengan limpah kurnia Raja Pemerintah membenarkan penyimpanan tanda-tanda kemulian tersebut oleh waris ahli yang meninggal sebagai tanda penganugerahan dan penghargaan Diraja.

Tanda Kemuliaan Ahli Kehormat yang Meninggal Dunia

Tanda kemuliaan Ahli Kehormat yang meninggal dunia tidak perlu dikembalikan tetapi, warisnya dikehendaki menghantar sepucuk surat menyatakan perkara kematian ahli tersebut kepada Pendaftar.

Penerima terkenal sunting

Sri Sultan Ahmad Shah Pahang sunting

Penerima membawa gelaran Dato' Sri.

Setia Ahmad Shah Pahang sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Noorainee ketuai senarai penerima darjah kebesaran Pahang 2014
  2. ^ BERNAMA (15 Ogos 2020). "8 anakanda Agong terima darjah kebesaran Pahang". Berita Harian. Kuantan. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
  3. ^ "Seri Paduka Dahului penerima anugerah". Berita Harian. October 24, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-20. Dicapai pada 2005-10-24.

Pautan luar sunting