Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati


Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (The Most Esteemed Royal Family Order of Johor) diadakan dalam dua pangkat, iaitu D.K. I dan D.K. II seru bagi darjah yang dizahirkan pada 31 Julai 1886 ialah “Muafakat Itu Berkat”. Darjah ini tiada membawa gelaran, dan dikurniakan kepada kerabat damping, Raja-Raja Melayu dan pembesar Negara.[1]

Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati
Dianugerahkan oleh
BenderaSultanJohor.svg
Sultan Johor
JenisDarjah Kebesaran
Diasaskan31 Julai 1886
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
Cogan kataMuafakat Itu Berkat
StatusMasih dikurniakan
PengasasSultan Abu Bakar
Sultan JohorSultan Ibrahim Ismail
GredDarjah Kerabat Johor Pangkat Pertama (DK I)
Darjah Kerabat Johor Pangkat Kedua (DK II)
Perangkaan
Pelantikan pertama31 Julai 1886
Pelantikan terakhir23 Mac 2021
Susunan keutamaan
Lebih tinggiTiada
Lebih rendahDarjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia
Most Esteemed Royal Family Order of Johor - ribbon bar.svg
Reben darjah kebesaran
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini

Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K. I)Sunting

 

Darjah Kerabat Pangkat Pertama (D.K 1) mengandungi seutas kalung (collar) diperbuat daripada emas dan enamel berbentuk rantai yang berukir nama “Abu Bakar” dalam tulisan Jawi, dengan panji-panji Sultan di sebelah kanan dan Bendera Kerajaan (lambang kerajaan negeri) di sebelah kiri. Di atasnya merupakan Mahkota Kerajaan dan di bawahnya ditulis cogan kata tulisan jawi “Muafakat itu Berkat”. Sebiji bintang besar (breast badge) diperbuat daripada emas dan perak berbentuk bintang sembilan pecahan dengan diameter berukuran 90 mm, di tengahnya bulan sabit dengan tulisan Jawi “Kepada Allah Berserah”, di atasnya sebilah pedang bersilang dengan keris menjungjung mahkota, dan di kelilingi oleh enamel merah bertulis dalam huruf Jawi “Muafakat itu Berkat”.

Selain itu, sebuah bintang kecil (sash badge) berukuran 56 mm diameter sembilan pecahan beserta kain pita warna kuning emas dengan lebar 50 mm, dan kain selempang warna kuning emas dengan lebar 86 mm melengkapi darjah ini.

Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (D.K. II)Sunting

 

Darjah Kerabat Pangkat Kedua (D.K II) mengandungi sebuah bintang besar tujuh pecahan, berukuran diameter 78 mm, di tengahnya sama dengan bintang besar pangkat perama, dan bintang kecil (neck badge) dan kain pita berwarna kuning emas selebar 50 mm.

Penerima terkenalSunting

# Nama Tahun Anugerah
1 Dato' Jaafar Haji Muhammad 1903 DK I
2 Dato' Sri Amar DiRaja Abdul Rahman Andak 1903 DK II
3 Dato' Sir Onn Jaafar 1947[2] DK II
4 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1961[3] DK I
5 Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah 1969[4] DK I
6 Tunku Puan Zanariah Tengku Ahmad 1972 DK I
7 Tun Hussein Onn 1976 DK I
8 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah 1983 DK I
9 Tuanku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman 1989 DK I
10 Tun Dr. Mahathir Mohamad 1989[5] DK I
11 Tan Sri Dato' Haji Abdul Ghani Othman 1996 DK II
12 Tan Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz 2000 DK II
13 Tun Abdullah Ahmad Badawi 2004[6] DK I
14 Tun Abdul Taib Mahmud 2007[7] DK I
15 Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail 2009[8] DK I
16 Tan Sri Dato' Haji Abdul Ghani Othman 2009[8] DK I
17 Sultan Muhammad V 2011 DK I
18 Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah 2017[9] DK I
19 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 2019[10] DK I
20 Che' Puan Khaleeda Bustamam 2019[11] DK I
21 Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah 2020[12] DK I
22 Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah 2021[13] DK II

RujukanSunting

  1. ^ "Darjah Kebesaran". Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor. Dicapai pada 2 Februari 2021.
  2. ^ "STATE HONOUR FOR LADY IBRAHIM". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Singapore: The Singapore Free Press. 17 September 1947. OCLC 53258619. Dicapai pada 17 Mac 2021.
  3. ^ "Tengku and brother head list of honours". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Singapore: The Straits Times. 28 Oktober 1961. OCLC 53258619. Dicapai pada 17 Mac 2021.
  4. ^ "Pingat kerabat Johor kepada Sultan Brunei". eresources.nlb.gov.sg. Singapore: Berita Harian. 18 September 1969. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  5. ^ "Dr M heads Johore Sultan's awards list" (PDF). New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Kepimpinan Perdana. 8 April 1989. Dicapai pada 17 Mac 2021.
  6. ^ "Abdullah tops Johor Sultan's birthday list". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 8 April 2004. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  7. ^ "Johor Sultan's Birthday Honours List 2007". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 17 April 2007. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  8. ^ a b "Sultan of Johor Birthday's Honours List 2009". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 11 April 2009. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  9. ^ "Sultan Kedah terima darjah kebesaran Johor". Berita Harian. 30 Oktober 2017. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  10. ^ "Sultan Perak terima Anugerah Darjah Kerabat Johor". Sinar Harian. 26 Februari 2019. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  11. ^ "Che' Puan Khaleeda dahului 186 penerima darjah kebesaran Johor". Berita Harian. 23 Mac 2019. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  12. ^ "Tunku Mahkota Johor persembah warkah kepada Sultan Brunei". Bernama. 10 September 2020. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  13. ^ "Kekanda Permaisuri Johor, MB terima darjah kebesaran". Berita Harian. 23 Mac 2021. Dicapai pada 20 Julai 2021.