Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M)

Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M) merupakan anugerah negeri Perak yang dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional yang menyandang pangkat tidak rendah dari Gred 2 atau setaraf dengannya; dan kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (tentera Laut, Kolonel Udara (Tentera Udara), Penolong Pesuruhjaya (Pasukan Polis) dan ke atas.

Kurniaan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.) diberi kepada mereka yang berkelayakan lebih mutunya daripada Darjah Paduka Mahkota Perak. Penerima penganugerahan ketiga ini terhad kepada 100 orang sahaja.

Darjah Paduka Cura Si Manja Kini merupakan salah satu dari Darjah Kebesaran Negeri Perak.

Pautan luarSunting