Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini

Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M) merupakan satu Darjah kebesaran yang bergelar "Dato' Seri" Peringkat Pertama dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa menandakan rekod kejayaan besar yang telah dicapai dan kepada mereka yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini. Penganugerahan Peringkat Pertama ini adalah terhad kepada 30 penerima sahaja.

Darjah Yang Amat Mulia Paduka Cura Si Manja Kini
Dianugerahkan oleh Sultan Perak
JenisPerintah
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
StatusMasih dikurniakan
SultanSultan Nazrin Shah
GredDarjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini
Singkatan darjahSPCM
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Dato' Seri Azlanii
Lebih rendahDarjah Seri Paduka Mahkota Perak

Reben darjah kebesaran [1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kolar bagi Pangkat Pertama Darjah ini ialah Lambang Negeri yang bersambung dengan Lambang Senjata di-Raja Bintangnya mempunyai lapan penjuru yang disalut perak dengan bayangan, bergaris pada pusat 8.9 sentimeter, di tengah-tengahnya timbul dengan lambang senjata di Raja dan cogankata Darjah "KEPADA ALLAH BERSERAH". Selepang yang dipakai bersama dengan Darjah ini ialah berwarna putih, hijau tua dan kuning dengan jejalur yang seimbang dengan kelebarannya dan berbeza mengikut Pangkat Darjah ini.

Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini merupakan salah satu dari Darjah Kebesaran Negeri Perak.

Pautan luar sunting

  1. ^ Colecciones Militares, Perak4