Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang
Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (S.S.T.M) ialah darjah pangkat pertama dalam kurniaan Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz. Bagi penerima darjah kebesaran ini akan digelar sebagai Dato' Seri, manakala bagi isteri penerima akan digelar Datin Seri. Tiada gelaran bagi suami penerima gelaran ini. Darjah kebesaran ini mula diperkenalkan pada 2010 selepas pertabalan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.[1]
Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz | |
---|---|
Dianugerahkan oleh ![]() | |
Jenis | Darjah kebesaran |
Status | Masih dikurniakan |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Tuanku Muhriz |
Gred | Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang |
Singkatan darjah | SSTM |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 14 Januari 2009 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Seri Utama Negeri Sembilan |
Lebih rendah | Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang |
![]() Reben darjah kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Darjah ini dikurniakan kepada orang perseorangan yang telah berbakti kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kerajaan Negeri Sembilan. Pengurniaan ini terbuka khasnya kepada semua rakyat Negeri Sembilan dan amnya kepada rakyat negeri-negeridi Malaysia serta juga warganegara asing.
Penerima terkenal sunting
- YAM Tengku Syarif Bendahara Perlis Dato' Seri Di-Raja Syed Badarudin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
- YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz[2]
- YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz
- Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar
- Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa
- Jen. Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin
- Tan Sri Azman bin Hashim
- Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini bin Ujang
- Jen. Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin
Rujukan sunting
- ^ https://www.ns.gov.my/images/contents/ydpn9/Buku-Penerima-Pingat-2021.pdf
- ^ Tunku Zain Al-‘Abidin, 2023-07-20, dicapai pada 2023-10-28