Darjah Setia Tuanku Muhriz
Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (D.S.T.M) ialah darjah pangkat kedua dalam kurniaan Darjah Kebesaran Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang. Bagi penerima darjah kebesaran ini akan digelar sebagai Dato', manakala bagi isteri penerima akan digelar Datin. Tiada gelaran bagi suami penerima gelaran ini. Darjah kebesaran ini mula diperkenalkan pada 2010 selepas pertabalan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.[1]
Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz | |
---|---|
![]() membawa gelaran Dato' | |
Dianugerahkan oleh ![]() | |
Jenis | Darjah kebesaran |
Negara | Malaysia ![]() |
Status | Masih dikurniakan |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Tuanku Muhriz |
Gred | Darjah Kebesaran Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 14 Januari 2009 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz |
Lebih rendah | Darjah Tuanku Muhriz |
![]() Reben darjah kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah ini dikurniakan kepada orang perseorangan yang telah berbakti kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kerajaan Negeri Sembilan. Pengurniaan ini terbuka khasnya kepada semua rakyat Negeri Sembilan dan amnya kepada rakyat negeri-negeridi Malaysia serta juga warganegara asing.