Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia
Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.) merupakan darjah yang tertinggi antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia dan tidak mempunyai darjah kecil.
Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia | |
---|---|
Dianugerahkan oleh ![]() Yang di-Pertuan Agong | |
Jenis | Darjah kebesaran |
Dizahirkan | 18 April 1966 |
Reben | Merah |
Kelayakan | Yang di-Pertuan Agong sahaja |
Dianugerahkan kerana | Pertabalan Yang di-Pertuan Agong |
Status | Masih dikurniakan |
Raja | Yang di-Pertuan Agong |
Kelas | Ahli |
Huruf ringkas | D.K.M. |
Statistik | |
Pelantikan terakhir | 2019[1] |
Jumlah terlantik | 13 Ahli |
Keutamaan | |
Seterusnya (tinggi) | Seri Pahlawan Gagah Perkasa[2] |
Seterusnya (rendah) | Darjah Utama Seri Mahkota Negara[2] |
![]() Bar reben Darjah Kebesaran |
Anugerah ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah menjadi Yang di-Pertuan Agong. Bilangan ahlinya terhad seramai sepuluh orang sahaja.
Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana. Kalung Darjah diperbuat daripada perak bersadur emas. Bintang Darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan di atasnya berukir timbul motif daun paku. Darjah diperbuat daripada kain sutera merah dan hujungnya berikat reben. Lencana Darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan di atasnya terdapat sekuntum bunga raya. Ia berpaut pada motif Mahkota Diraja Malaysia. Darjah ini dizahirkan pada 18 April 1966 dan diwartakan pada 30 Jun 1966.
Penerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM)Sunting
Senarai penerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM)
- 1960: Tuanku Syed Putra ibni al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
- 1965: Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah
- 1970: Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
- 1975: Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
- 1980: Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
- 1984: Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
- 1989: Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah
- 1994: Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
- 1999: Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah
- 2002: Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
- 2007: Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
- 2017: Sultan Muhammad V
- 2019: Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Penerima darjah yang masih hidupSunting
RujukanSunting
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
- ^ a b "PANDUAN PENCALONAN DKBPP 2018" (PDF). Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa. Dicapai pada 2018-09-05.