Darjah Yang Mulia Seri Mahkota Kedah

Darjah Yang Mulia Seri Mahkota telah dizahirkan pada 29 Februari 1964. Terdapat empat pangkat di bawah famili darjah kebesaran ini dan senarai keutamaan darjah kebesaran mengikut kedudukan dalam kumpulan adalah seperti berikut[1]

Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) sunting

Darjah ini dikurniakan kepada mereka yang tinggi taraf kedudukan serta terkenal kerana khidmat cemerlang kepada negeri dan negara dalam apa jua lapangan. Penerimanya akan mendapat gelaran "DATO' SERI". Darjah ini merupakan yang paling kanan sekali. Pengurniaan darjah ini terhad kepada 20 orang. Isteri penerima diberi gelaran To' Puan.

Darjah Dato' Paduka Mahkota Kedah (DPMK) sunting

Darjah Pangkat Kedua kepada Darjah Yang Mulia Seri Mahkota dan dikurniakan kepada mereka yang telah membuat jasa yang cemerlang kepada negeri dan negara selama beberapa waktu, dengan penuh rasa tanggungjawab. Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi serta berpengaruh. Kurniaan ini terhad kepada 100 orang sahaja. Bagi pegawai-pegawai kerajaan, Darjah ini sesuai bagi mereka dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf dengannya. Penerimanya akan mendapat gelaran DATO'.

Setia Mahkota Kedah (SMK) sunting

Ahli Mahkota Kedah (AMK) sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Darjah Yang Mulia Seri Mahkota". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-24. Dicapai pada 2016-12-23.