Daroyah Alwi

ahli politik dan doktor gigi Malaysia

Yang Berhormat Dr. Daroyah Alwi (lahir 21 Ogos 1962) ialah seorang ahli politik dan doktor gigi Malaysia. Beliau merupakan mantan ADUN Sementa selama dua penggal (2013-2023), mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor (2019-2020) dan mantan EXCO Selangor (2013-2018).

Daroyah Alwi
ADN; BDent
Dr. Daroyah pada 2020
Ahli Dewan Negeri Selangor
bagi Sementa
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 23 Jun 2023
Didahului oleh Abdul Rahman Palil
Digantikan oleh Najhan Salleh
Majoriti
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
18 Mac 2019 – 24 Jun 2020
Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim
Didahului oleh Mohd Khairuddin Othman
Digantikan oleh Hasnul Baharuddin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
2013–2018
PortfolioKesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga
Timbalan Ketua Angkatan Wanita
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
2010 – 13 Jun 2020
KetuaHaniza Mohamed Talha
Didahului olehHaniza Mohamed Talha
Maklumat peribadi
Lahir
Daroyah binti Alwi

(1962-08-21) 21 Ogos 1962 (umur 62)
Kampung Bukit Kapar, Meru, Klang,
 Selangor
KewarganegaraanRakyat Malaysia
Parti politikParti Bangsa Malaysia (2022–kini)
(2020–2022)
(????–2020)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Doktor Pergigian (BDS)
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor gigi

Politik

sunting

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Timbalan Ketua Angkatan Wanita Parti Keadilan Rakyat setelah memenangi jawatan itu semasa pemilihan PKR 2010 dan menewaskan dua calon lain. Beliau dikenali sebagai salah seorang ahli kem Mohamed Azmin Ali iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Pada 13 Jun 2020, beliau telah mengumumkan bahawa dia telah keluar daripada parti PKR pada 13 Jun dan menjadi seorang ADUN bebas yang menyokong Perikatan Nasional. Beliau keluar dengan alasan bahawa beliau telah “hilang rasa yakin dan percaya kepada Presiden (Anwar Ibrahim) dan kepemimpinan yang alpa terhadap idealisme perjuangan”. Seramai 35 orang ahli PKR yang lain turut serta keluar parti bersamanya.[1]

Daroyah telah dilantik sebagai wanita pertama yang menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia bagi menggantikan Raja Idris Raja Kamaruddin.[2]

Pada 27 Disember 2022, beliau dilaporkan telah dipecat daripada jawatan Ketua Wanita Parti Bangsa Malaysia (PBM).[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ Ruwaida Md Zain (13 Jun 2020). "Dr Daroyah Alwi bawa 35 pemimpin, akar umbi keluar PKR". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2020. Dicapai pada 14 Jun 2020.
  2. ^ Daroyah Alwi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi MRC, berkuat kuasa 1 Oktober
  3. ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/12/1044849/pbm-pecat-13-individu-termasuk-zuraida-nor-hizwan