Dasasila Bandung

(Dilencongkan dari Dasa Sila Bandung)

Dasasila Bandung adalah sepuluh poin hasil pertemuan Persidangan Asia Afrika yang dilaksanakan pada 18-25 April 1955 di Bandung, Indonesia. Pernyataan ini berisi tentang "pernyataan mengenai dukungan bagi kedamaian dan kerjasama dunia". Dasasila Bandung ini memasukkan prinsip-prinsip dalam Piagam PBB dan prinsip-prinsip Jawaharlal Nehru. [1] [2] [3] [4]

Isi Dasasila Bandung sunting

  1. Menghormati hak-hak dasar manusia dan tujuan-tujuan serta asas-asas yang termuat di dalam piagam PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa)
  2. Menghormati kedaulatan dan integriti wilayah semua bangsa
  3. Mengakui persamaan semua suku bangsa dan persamaan semua bangsa, tanpa mengira besar mahupun kecil
  4. Tidak melakukan gangguan atau campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri negara lain
  5. Menghormati hak-hak setiap bangsa untuk mempertahankan diri secara sendirian ataupun usaha sama yang sesuai dengan Piagam PBB
  6. Tidak menggunakan peraturan-peraturan dari pertahanan usaha sama untuk bertindak bagi kepentingan khusus dari salah satu negara besar dan tidak melakukannya terhadap negara lain
  7. Tidak melakukan tindakan-tindakan ataupun ancaman agresif mahupun penggunaan kekerasan terhadap integriti wilayah mahupun kemerdekaan politik suatu negara
  8. Menyelesaikan segala perselisihan antarabangsa dengan jalan damai, seperti perundingan, persetujuan, timbang tara (penyelesaian masalah hukum), ataupun cara damai lainnya, menurut pilihan pihak-pihak yang berkaitan sesuai dengan Piagam PBB
  9. Memajukan kepentingan bersama dan kerjasama
  10. Menghormati hukum dan tanggungjawab-tanggungjawab antarabangsa

Rujukan sunting

  1. ^ Gerakan Non-Blok[pautan mati kekal]
  2. ^ "NU". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-16. Dicapai pada 2017-09-03.
  3. ^ Dari KAA sampai ke Dasasila Bandung hingga merdeka[pautan mati kekal]
  4. ^ Politik luar