Dasar Pandang ke Timur

Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap sebelumnya, dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli dari pertengahan abad ke-19 sehingga 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan industri sumber asli antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas 1945. Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan ekonomi Jepun telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.[1] Dasar Pandang ke Timur merupakan dasar ekonomi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Ketika itu Dr Mahathir baru menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981). Dasar ini diumumkan semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Dasar ini sebagai reaksi kepada dasar 'Buy British Last' yang juga diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 1981.

Dasar Pandang Ke Timur bermaksud pihak kerajaan Malaysia dan swasta menjadikan negara Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja. Lebih 15,000 rakyat Malaysia telah memperoleh manfaat menerusi dasar itu.

Bidang tumpuan sunting

Perubahan Struktur sunting

  1. Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)
  2. Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
  3. Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
  4. Konsep Pejabat Terbuka
  5. Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat
  6. Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

Perubahan Sikap sunting

  1. Perkhidmatan Cemerlang
  2. Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
  3. Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)

Latihan dan Kursus sunting

  1. Latihan Perindustrian dan Teknikal
  2. Program Pengajian Akademik (Rancangan Persediaan Khas Jepun,Kursus Teknikal Jepun,Program Persediaan Korea)
  3. Program Pengajian Teknikal
  4. Program Kemajuan Eksekutif
  5. Hubungan di antara Institusi-institusi
  6. Skim Latihan Pembangunan Usahawan[2]

Rujukan sunting

  1. ^  Uqbah Iqbal, Sejarah Pemikiran Pandang Ke Timur: Kepentingan Jepun Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia (1906-1980), Bangi: UKM Press, 2017.
  2. ^ Dasar Pandang Ke Timur