Dasar monetari
Dasar monetari (juga dikenali sebagai dasar kewangan) adalah suatu dasar yang diterapkan oleh pihak berkuasa monetari atau bank pusat sesebuah negara atau wilayah untuk mengawal kadar faedah bagi pinjaman jangka pendek atau penawaran wang. Dasar ini merupakan salah satu langkah yang selalunya digunakan bagi mengurangkan inflasi, serta memastikan kestabilan harga dan kepercayaan umum terhadap nilai dan kestabilan mata wang negara.[1][2][3]
Sejarah
suntingUntuk berkurun lamanya, terdapat hanya dua bentuk dasar monetari iaitu mengubah suai syiling atau mencetak wang kertas. Kadar faedah, walaupun kini dianggap sebagai sebahagian daripada bidang kuasa monetari, secara amnya tidak diselaraskan dengan bentuk dasar monetari yang lain pada waktu itu. Dasar monetari dianggap sebagai suatu keputusan eksekutif dan secara umumnya dilaksanakan oleh pihak berkuasa dengan seignioraj (kuasa untuk duit syiling). Dengan kemunculan rangkaian perdagangan yang lebih besar, muncul pula keupayaan untuk menentukan nilai mata wang dari segi emas atau perak serta harga mata wang tempatan dari segi mata wang asing. Harga rasmi ini boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang, walaupun ia berbeza daripada harga pasaran.
Rujukan
sunting- ^ Jahan, Sarwat. "Inflation Targeting: Holding the Line" (dalam bahasa Inggeris). International Monetary Funds, Finance & Development. Dicapai pada 28 Disember 2014.
- ^ "Monetary Policy" (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Rizab Persekutuan. 3 Januari 2006.
- ^ Levy Yeyati, Eduardo; Sturzenegger, Federico (2010). "Monetary and Exchange Rate Policies". Handbooks in Economics. Handbook of Development Economics (dalam bahasa Inggeris). 5. m/s. 4215–4281. doi:10.1016/B978-0-444-52944-2.00002-1. ISBN 9780444529442.
Bacaan lanjut
sunting- Tobin, James (2008). "Monetary Policy". Dalam David R. Henderson (penyunting). Concise Encyclopedia of Economics (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Indianapolis: Perpustakaan Ekonomi dan Kebebasan. ISBN 978-0865976658. OCLC 237794267.
- Mankiw, N. Gregory; Ricardo, Reis (2018). "Friedman's Presidential Address in the Evolution of Macroeconomic Thought". Journal of Economic Perspectives (dalam bahasa Inggeris). 32 (1): 81–96. doi:10.3386/w24043.