Dassault Étendard IV

Dassault Étendard IV adalah sebuah pesawat pejuang "serangan" yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut Perancis.

Dassault Étendard IV
Peranan Pejuang / penyerang
Pengeluar Dassault Aviation
Penerbangan sulung 24 Julai 1956
Mula digunakan 1962
Dihentikan 1991
Status Beberapa buah pesawat IVP masih berada dalam perkhidmatan
Pengguna utama Tentera Laut Perancis
Jumlah dibina 90 buah

Sejarah pesawat Étendard bermula dengan keperluan untuk reka bentuk 2 pesawat pada tahun 1950-an. Pertama, adalah reka bentuk pesawat jet ringan untuk Tentera Udara Perancis, sementara yang kedua adalah reka bentuk pesawat pejuang ringan yang bertindak sebagai pesawat standard untuk tentera udara negara-negara NATO. Dassault telah menggunakan asas reka bentuk yang sama untuk menghasilkan kedua-dua pesawat prototaip, masing-masing dikenali sebagai Étendard II dan Étendard VI, akan tetapi kedua-dua pesawat ini tidak memperolehi sebarang pesanan. Pada masa yang sama, firma Dassault telah mereka sebuah versi pesawat yang lebih besar dan berkuasa (pada awalnya dikenali sebagai Mystère XXIV) sebagai usahasama persendirian.

Apabila pesawat ini berjaya menarik perhatian dari pihak Tentera Laut Perancis, Dassault membina pesawat versi tentera laut, dipertontonkan kepada pihak tentera pada tahun 1958 dan telah berjaya mendapat pesanan sebanyak 69 buah pesawat (di kenali sebagai Étendard IVM) dan 21 buah versi pesawat pengawasan (ditanda sebagai Étendard IVP). Bermula pada tahun 1962, pesawat-pesawat ini mula beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat Kelas Clemenceau baru dioperasikan oleh Tentera Laut Perancis.

Keupayaan pesawat Étendard IV tidak pernah dipertikaikan. Dalam kelajuan supersonik rendah, ia boleh mencapai kelajuan Mac 1.3 pada ketinggian 11,000 meter dan Mac 0.97 di altitud rendah. Pada tahun 1970-an, pesawat baru untuk mengantikan pesawat ini dicari. Untuk beberapa ketika, terdapat kemungkinan untuk menggunakan pesawat SEPECAT Jaguar versi tentera laut, iaitu Jaguar M, tetapi pelbagai masalah politik dalam usaha Anglo-Perancis membantutkan pembangunan, Dassault telah mencadangkan versi Étendard dipertingkatkan iaitu Super Étendard. Pesawat terakhir Étendard IVM telah ditarik keluar dari perkhidmatan pada tahun 1991, walaupun begitu terdapat beberapa buah pesawat IVP masih beroperasi pada tahun 2004.

Kelainan sunting

  • Etendard IVB : Prototaip yang dilengkapi dengan enjin Atar 51 dan blown flaps.
  • Etendard IVM : Pesawat pejuang / penyerang satu tempat duduk untuk Tentera Laut Perancis.
  • Etendard IVP : Pesawat pengawasan satu tempat duduk untuk Tentera Laut Perancis.

Pengguna sunting

Spesifikasi (Dassault Étendard IVM) sunting

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 14.40 m (47 kaki 3 in)
  • Rentang sayap: 9.60 m (31 kaki 6 in)
  • Tinggi: 3.79 m (12 kaki 6 in)
  • Sayap luas: 29 m² (312 kaki²)
  • Berat kosong: 5,900 kg (13,000 lb)
  • Berat berisi: 8,170 kg (18,010 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 10,200 kg (22,500 lb)
  • Loji kuasa:SNECMA Atar 8B turbin jet, 43.16 kN (9,703 lbf)

Prestasi

Persenjataan

  • Meriam: 2× meriam 30 mm
  • Bom: 1,360 kg (3,000 lb) bom dan roket

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding