Dassault Mirage 2000
Mirage 2000 adalah sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan yang dikeluarkan oleh firma Dassault Aviation, Perancis. Pesawat ini telah direka pada lewat 1970-an sebagai sebuah pesawat pejuang ringan untuk Armée de l'Air. Pesawat ini telah berkembang menjadi sebuah pesawat pelbagai peranan yang berjaya dan pada masa ini digunakan di 9 buah negara dengan lebih 600 buah pesawat Mirage telah dibina.
Mirage 2000 | |
---|---|
Peranan | Pesawat Tempur Pelbagai Peranan |
Pengeluar | Dassault Aviation |
Penerbangan sulung | 10 Mac 1978 |
Diperkenalkan | Jun 1984 |
Pengguna utama | Tentera Udara Perancis Tentera Udara India Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu Tentera Udara Republik China |
Jumlah dibina | 611 buah |
Kos seunit | AS$ 23 juta |
Dibangunkan dari | Dassault Mirage III |
Kelainan | Dassault Mirage 2000N/2000D Dassault Mirage 4000 |
Pembangunan
suntingProgram Avion de Combat Futur (ACF) telah dibangunkan untuk Tentera Udara Perancis pada awal 1970-an. Program ACF dibatalkan pada 18 Disember 1975 disebabkan oleh kos yang semakin meningkat dan tahap kerumitan projek, Dassault telah menawarkan pesawat Mirage 2000 sebagai alternatif. Rekabentuknya menyamai generasi pertama pesawat Mirages, dengan pemasangan beberapa inovasi terkini bagi menyelesaikan kekurangan pesawat terdahulu.
Pembangunan pesawat kecil ini juga memberi saingan kepada pesawat General Dynamics F-16 Fighting Falcon, yang mana telah mengalahkan Dassault Mirage F1 dalam pertandingan bagi membekalkan pesawat kepada tentera-tentera udara Belgium, Denmark, Belanda dan Norway.
Pesawat prototaip Mirage 2000 yang dipandu oleh juruterbang ujian Jean Coreau telah melakukan penerbangan sulung pada 10 Mac, 1978 . Dengan menggunakan teknologi-teknologi terbaru, pesawat prototaip yang menggunakan kerangka pesawat Mirage III ini berjaya diterbangkan dalam jangkamasa 27 bulan dari tarikh program bermula.
Di Pameran Udara Farnbourgh 1978, selain mempamerkan keupayaan pemanduan yang menakjubkan, pesawat ini juga boleh dikawal dengan baik pada kelajuan 204 km/j dan sudut serangan 26°. Pergerakkan seperti ini diluar jangkaan bagi sebuah pesawat pejuang bersayap delta, dan telah membuktikan bagaimana kawalan CCD berupaya untuk mengatasi kelemahan pesawat sayap delta yang berkaitan dengan kelemahan kawalan pada kelajuan rendah, sementara pada masa yang sama mengekalkan kelebihannya, seperti daya seretan rendah, low RCS, aerodinamik pada kelajuan tinggi yang ideal dan keringkasan, provided by the absence of horizontal tail surfaces. Pesawat Mirage 2000 merupakan salah satu tumpuan dalam pameran udara tersebut dan menjadi pesaing utama bagi pesawat F-16 Fighting Falcon, yang mana berkongsi kawalan CCD dan kestabilan santai[1]. 02 Prototype followed in 18 September 1978 and 03 in 26 September 1979. Selepas 400 jam penerbangan, pesawat-pesawat ini telah dihantar ke CEV (Centre Experimental du Vol). 04 Prototype adalah sebuah pesawat penunjuk yang dibina oleh Dassault untuk tujuan mereka sendiri, dan akhirnya pesawat dua tempat duduk pertama M.2000B berjaya melakukan penerbangan sulung pada 11 Oktober 1980.
Contoh pesawat pengeluaran pertama telah membuat penerbangan sulung pada 20 November, 1982 dan memasuki perkhidmatan operasi pada tahun 1984. Secara praktikal, pesawat ini masih merupakan pesawat pra-pengeluaran disebabkan kerana ia tidak memiliki peluru berpandu SARH (radar RDM-1) dan model pertama SNECMA 'Super Atar'. M-53-2. Pesawat Mirage 2000 terakhir telah dihantar pada 23 November, 2007.[2]
Penggunaan pesawat Mirage 2000 dalam Tentera Udara Perancis dijangka akan digantikan dengan pesawat Dassault Rafale, yang mana telah digunakan oleh tentera udara pada 27 Jun, 2006. Pengeluaran pesawat Mirage 2000 telah dihentikan pada November 2007 setelah penghantaran terakhir pesawat dibuat kepada Tentera Udara Greece.
Sejarah operasi
suntingPesawat Mirage 2000 Perancis dan Emiriah Arab Bersatu digunakan semasa dalam operasi Perang Teluk, walaupun terlibat dalam aksi pertempuran kecil.
Pesawat Mirage 2000 Perancis terlibat secara aktif dalam operasi udara PBB dan NATO ke atas bekas Yugoslavia. Sebuah pesawat Mirage telah ditembak jatuh di Bosnia oleh peluru berpandu permukaan ke udara panduan haba yang ditembak oleh Tentera Darat Republik Srpska semasa Operasi Deliberate Force pada tahun 1995, dan dengan pantas telah memacu usaha untuk meningkatkan sistem pertahanan diri.
Pada 10 October 1996, pesawat Mirage 2000 Tentera Udara Greek telah melepaskan peluru berpandu R550 Magic 2 dan berjaya menembak jatuh pesawat F-16D (nombor siri 91-0023) Tentera Udara Turki di Lautan Aegean, satu-satunya kehilangan pesawat F-16 dalam pertempuran udara yang disahkan. Juruterbang pesawat F-16 telah meninggal dunia manakala pembantu juruterbang berjaya melenting keluar dan diselamatkan oleh angkatan tentera Greek.
Pesawat Mirage 2000D Tentera Udara Perancis juga terlibat di Afghanistan dalam tahun 2001-2002, beroperasi bersama-sama dengan tentera antarabangsa dan melakukan serangan tepat dengan menggunakan bom panduan laser (LGB).
Pada musim panas 2007, selepas pesawat pejuang Rafale dikeluarkan dari medan pertempuran, 3 buah pesawat Mirage 2000 Perancis telah diaturgerak ke Afghanistan untuk menyokong pasukan NATO.
Perang Kargil 1999: India telah menugaskan peranan serangan nuklear kepada angkatan pesawat Mirage 2000. Pada 1999 apabila Konflik Kargil meletus, kesemua pesawat buatan Rusia dalam perkhidmatan Tentera Udara India iaitu (MiG-21, MiG-23, MiG-27) menghadapi masalah beroperasi di altitud tinggi atau diancam oleh sistem MANPAD musuh Pesawat Mirage 2000 membuktikan ia merupakan sebuah pesawat ideal untuk tujuan pengeboman di aras tinggi. Mirage 2000 telah melakukan tugas yang baik sepanjang konflik, walaupun pesawat Mirages yang dibekalkan kepada India memiliki keupayaan larangan udara terhad dan telah banyak diubahsuai untuk melepaskan bom jatuhan bebas dan bom panduan laser. 2 skuadron pesawat Mirage telah membuat sejumlah 515 kali penerbangan, dan dalam 240 misi serangan telah menjatuhkan 55,000 kg bom. Kesenangan penyelenggaraan dan kadar kekerapan yang tinggi menjadikan Mirage 2000 salah sebuah pesawat pejuang yang cekap dalam Tentera Udara India semasa konflik ini.
Kelainan
suntingMirage 2000C
suntingPesawat Mirage 2000 pertama yang memasuki perkhidmatan adalah pesawat pemintas versi satu tempat duduk Mirage 2000C. Terdapat empat buah pesawat prototaip satu tempat duduk termasuk pesawat prototaip Mirage 2000 asal. Pesawat pengeluaran Mirage 2000C pertama diterbangkan pada November 1982. Penghantaran bermula pada 1983. Skuadron operasi pertama yang ditubuhkan pada 1984, iaitu semasa sambutan ulang tahun ke-50 Tentera Udara Perancis. Sejumlah 124 buah Mirage-2000C telah diperoleh oleh Tentera Udara Perancis.
37 buah pertama pesawat Mirage 2000C yang dihantar telah dipasang dengan radar Thomson-CSF RDM (radar Doppler pelbagai fungsi) dan dijanakuasa oleh enjin turbofan SNECMA M53-5. Pesawat Mirage 2000C ke-38 memiliki enjin turbofan SNECMA M53-5 P2 yang ditingkat upaya. Radar Doppler Impulse (RDI) yang dibina oleh Thales tidak digunakan sehingga 1987.
Tingkat upaya terkini termasuk:
- Mod Pengenalan Sasaran Tidak Berkerjasama Non-Cooperative Target Recognition (NTCR) di dalam Radar RDI membolehkan pengecaman sasaran-sasaran udara yang tidak membalas kepada IFF.
- Penyerasian dengan peluru berpandu panduan haba inframerah baru iaitu Matra MICA (Missile d'Interception, de Combat et d'Autodefense). Peluru berpandu MICA versi panduan radar tidak boleh digunakan oleh pesawat Mirage 2000 versi terdahulu.
- Miraage-2000 milik India telah disepadukan untuk membawa peluru berpandu R-73AE Archer Rusia dan peluru berpandu keluaran tempatan iaitu Astra.
Mirage 2000B
suntingMirage 2000B merupakan hasil dari penukaran daripada pesawat latihan dua tempat duduk yang mana telah membuat penerbangan sulung pada 11 Oktober, 1980. AdA telah memesan 30 buah Mirage 2000B, dengan kesemua tiga sayap pejuang AdA memperolehi beberapa buah pesawat bagi tujuan latihan peralihan.
Mirage 2000N and 2000D
suntingMirage 2000N adalah versi serangan nuklear yang mana dibangunkan untuk membawa peluru berpandu nuklear pelancaran jauh Aerospatiale Air-Sol Moyenne Portee (ASMP). Ujian penerbangan awal pada dua buah pesawat prototaip bermula pada 3 Februari, 1983, dan telah memasuki perkhidmatan operasi pada tahun 1988. Sejumlah 75 buah pesawat telah dibina.
Mirage 2000-5
suntingPada penghujung 1980-an, Mirage 2000 semakin berusia jika dibandingkan dengan model terkini pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon Amerika Syarikat. Oleh itu, Thomson-CSF memulakan kerja dengan dana persendirian bagi meningkat upaya pesawat Mirage 2000C yang kemudian dinamakan sebagai Mirage 2000-5. Pesawat prototaip dua tempat duduk Mirage 2000B telah diubahsuai secara ekstensif bagi menghasilkan prototaip pertama Mirage 2000-5. Pesawat prototaip ini telah melakukan penerbangan sulung pada 24 Oktober, 1990.
Pengguna
suntingPerancis | ||
---|---|---|
Versi | Kegunaan | Jumlah |
2000C | Pejuang satu tempat duduk | 124 |
Updated to 2000-5F specs | 37 | |
2000D | 2 tempat duduk – serangan konvensional | 86 |
2000N | 2 tempat duduk – serangan nuklear | 75 |
2000B | Dua tempat duduk dengan kit 2000C | 30 |
Jumlah | 315 | |
India | ||
2000H | Setanding dengan 2000_5 | 52 |
2000D | 10 | |
2000TH | Latihan 2 tempat duduk | 7 |
Jumlah | 69 | |
Emiriah Arab Bersatu | ||
2000EAD | Pelbagai peranan - satu tempat duduk | 22 |
2000-9 | Satu tempat duduk | 20 |
2000-9D | 2 tempat duduk - latihan | 12 |
2000RAD | Unique reconnaissance variant | 8 |
2000DAD | 2 tempat duduk - latihan | 6 |
Jumlah | 68 | |
Republik China | ||
2000-5EI | Sama dengan 2000-5 | 48 |
2000-5DI | Sama dengan 2000-5D | 12 |
Jumlah | 60 | |
Greece | ||
2000EG | Sama dengan 2000C | 11 |
2000-5 Mk 2 | Pejuang pelbagai peranan | 25 |
2000BG | Latihan 2 tempat duduk | 8 |
Jumlah | 44 | |
Mesir | ||
2000EM | Sama dengan 2000C | 16 |
2000BM | Latihan 2 tempat duduk | 4 |
Jumlah | 20 | |
Qatar | ||
2000-5EDA | Pejuang satu tempat duduk | 9 |
2000-5DDA | Latihan 2 tempat duduk | 3 |
Jumlah | 12 | |
Peru | ||
2000P | Pejuang pelbagai peranan - satu tempat duduk | 10 |
2000DP | Latihan 2 tempat duduk | 2 |
Jumlah | 12 | |
Brazil | ||
2000C | Pejuang satu tempat duduk | 10 |
2000B | Latihan 2 tempat duduk | 2 |
Jumlah | 12 |
Spesifikasi (Mirage 2000C)
suntingCiri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 50 kaki 3 in (14.36 m)
- Rentang sayap: 29 kaki (9.13 m)
- Tinggi: 17 kaki 5 in (5.30 m)
- Sayap luas: 441.32 kaki² (41 m²)
- Berat kosong: 17,000 lb (7,600 kg)
- Berat berisi: 30,420 lb (13,800 kg)
- Berat berlepas maksimum: 37,500 lb (17,000 kg)
- Loji kuasa: 1× SNECMA M53-P2 turbofan lepas bakar, 64 kN (military dry thrust) (95 kN (dengan pembakar lepas))
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 2.2
- Jarak: 770 NM, 890 batu (1,450 km)
- Lelangit khidmat 59,000 kaki (18,000 m)
- Kadar kenaikan: 56,000 kaki/min (285 m/s)
- Beban sayap: 69 lb/kaki² (337 kg/m²)
- Tujahan/berat: 0.91
- Kelajuan maksimum pada aras laut: 1,480 km/j
- Pendakian ke 9,700 m: 1,75 min
- Pendakian ke 15,000 m: 4 min
- Kadar pusingan pada 5 g: 12°/saat
- Kadar pusingan pada 9 g: 24°/saat
- Maksimum g: normal 9 g, overloaded 11 g, break 13,5 g.
Persenjataan
- Meriam: 2× 30 mm (1.18 in) meriam DEFA-554, 8x MBDA MICA atau 2x R.550 Magic-II dan 2x Super 530D
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Pesawat setanding
- Chengdu J-10
- F/A-18 Hornet
- F-16 Fighting Falcon
- HAL Tejas
- IAI Lavi
- JAS 39 Gripen
- Mikoyan MiG-29
- Mitsubishi F-2
Senarai berkaitan
Rujukan
sunting- ^ Take Off enc.
- ^ "Penghantaran terakhir Mirage 2000-5 Mk.II kepada Tentera Udara Greece : Military Aviation : Defense News Air Force Army Navy News". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-12. Dicapai pada 2008-10-21.
- Gunston, Bill, Mike Spick, Modern combat aircraft (part of The Great Weapons Encyclopedia, Salamander book 1983, printed in Italy by Peruzzo editions, 1988), pag 44-45.
- Iermanno, Roberto Mirage 2000 Pilot report Aerei Magazine, Delta Editions, Parma, n.2/1993
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dassault Mirage 2000. |
- General information
- Dassault page on Mirage 2000
- Information from globalsecurity.org
- FAS military analysis network
- Dassault Mirage 2000 & 4000 from Greg Goebel's AIR VECTORS
- Mirage 2000 on FAS
- Taiwan buys Mirage 2000s
- Mirage 2000 and 4000
- IAF Mirages
- Recent news