Buka menu utama

Dassault Mirage 2000N adalah pesawat dari keluarga Mirage 2000 yang direka untuk melancarkan serangan nuklear. Ia menjadi tulang belakang bagi senjata pencegah nuklear taktikal di negara Perancis. Manakala pesawat Mirage 2000D adalah versi serangan konvensional.

Dassault Mirage 2000N / 2000D
Mirage 2000 of French Air Force (reg. 362), static display, Radom AirShow 2005, Poland.jpg
Pesawat Mirage 2000 Perancis semasa Pameran Udara Radom di Poland pada tahun 2005
Penerangan
Jenis Pejuang / Pengebom
Pengeluar Dassault-Breguet
Penerbangan sulung 3 Februari 1986
Variasi Mirage 2000N-K1/K2/K3
Mirage 2000D-R1/R2
Krew 2
Jumlah dibina 75 - Mirage 2000N
86 - Mirage 2000D
Status Aktif
Dimensi
Panjang 14.55 m
Tinggi 5.15 m
Rentas sayap 9.13 m
Luas sayap 41 m²
Berat
Berat tanpa muatan 7,600 kg
Berat muatan penuh 10,680 kg
Berat berlepas maksimum 17,000 kg
Janakuasa
Enjin 1× SNECMA M53-P2 kipas turbo lepas pembakaran, 95.1 kN
Persenjataan
Bom Peluru berpandu
1× Peluru berpandu nuklear jarak sederhana ASMP
2× Peluru berpandu udara-ke-udara R550 Magic
Prestasi
Kelajuan maksimum 2,338 km/h
Jarak tempur 1,480 km
Altitud tertinggi 18,000 m
Kadar panjat 285 m/s

PembangunanSunting

Pesawat Mirage 2000N direka apabila Perancis memerlukan pesawat untuk mengantikan pesawat Mirage IVP yang usang. Dassault menerima kontrak untuk membina 2 buah pesawat prototaip. Pesawat prototaip pertama telah diterbangkan pada 3 Februari, 1986. Sebanyak 74 buah telah dibina sehingga tahun 1993.

Pesawat Mirage 2000N dibangunkan berdasarkan pesawat latihan 2 tempat duduk Mirage 2000B, dengan memiliki beberapa perubahan. Kerangka pesawat telah diperkuatkan untuk melakukan penerbangan pada aras rendah dan dipasang dengan radar Antilope 5, yang mana digunakan sewaktu terbang mengikut permukaaan bumi, memetakan pengemudian dan permukaan bumi. Pesawat ini dapat melakukan penerbangan dengan mengikuti permukaan bumi pada kelajuan 691 bsj (1,112 km/s). Sistem avionik lain termasuk Sistem Pengemudian Inersia berkembar dan paparan peta bergerak untuk juruterbang dan pegawai sistem senjata. Pesawat Mirage 2000N boleh membawa satu peluru berpandu nuklear jarak sederhana ASMP, dan 2 peluru berpandu udara-ke-udara MATRA Magic untuk mempertahankan diri. Ciri-ciri pertahanan lain termasuk sistem penggangu Sabre dan sistem pengusik Spirale. Disebabkan oleh penambahan kerusi akan menurunkan jarak operasi, sepasang tangki luar boleh dibawa.

Kumpulan pertama 30 buah pesawat untuk Tentera Udara Perancis hanya mempunyai keupayaan membawa senjata nuklear, dan pesawat ini ditandakan sebagai Mirage 2000N-K1. Kelengkapan pesawat ini tidak termasuk sistem pengusik Spirale, dan hanya membawa sepasang bom nuklear jatuhan bebas AN.52 sebelum peluru berpandu ASMP bersedia. Kumpulan seterusnya yang mengandungi 44 buah pesawat ditandakan sebagai Mirage 2000N-K2. Pesawat ini mempunyai kedua-dua keupayaan sebagai pembawa senjata nuklear dan konvensional, dan dilengkapi dengan peralatan mempertahankan diri sepenuhnya. Pesawat K1 sekarang mempunyai keupayaan serangan konvensional yang terhad.

Dassault juga telah membangunkan pesawat Mirage 2000D, yang mana dibangunkan daripada pesawat Mirage 2000N. Ia direka untuk serangan tepat jarak jauh dengan menggunakan senjata konvensional. Pesawat ini adalah sama dengan pesawat Mirage 2000N, tetapi telah memperkenalkan sokongan untuk pelancaran peluru berpandu serangan konvensional seperti MBDA Apache dan Scalp, juga senjata serangan tepat udara-ke-darat. Pesawat pertama yang diubahsuai daripada pesawat prototaip Mirage 2000N, diterbangkan pada 19 Februari 1991. Tentera Udara Perancis telah memesan sejumlah 86 buah pesawat Mirage 2000D.

Pesawat Mirage 2000N tidak dibenarkan untuk eksport. Tentera Udara Perancis mempunyai sejumlah 62 buah pesawat dalam simpanannya.

Sama seperti pesawat Mirage 2000N, pesawat Mirage 2000D juga mempunyai kelainan. Pesawat Mirage 2000D-R1 tidak memiliki keupayaan penuh persenjataan seperti pesawat Mirage 2000D-R2, yang mana berupaya untuk membawa peluru berpandu Apache dan Scalp, sistem penanda laser ATLIS II, dan peralatan pertahanan diri Samir.

KelainanSunting

Mirage 2000NSunting

Pesawat Mirage 2000N adalah pesawat versi serangan nuklear yang dirancang untuk membawa peluru berpandu nuklear pelancaran jauh ASMP (Aerospatiale Air-Sol Moyenne Portee). Ujian-ujian penerbangan awal ke atas 2 pesawat prototaip bermula pada 13 Februari, 1983. Pesawat Mirage 2000N memasuki perkhidmatan operasi pada tahun 1988. Sejumlah 75 buah pesawat telah dibina.

Sayap pesawat ini telah diperkukuhkan untuk operasi altitud rendah, serta sistem serangan / pengemudian tepat aras rendah, dibina dalam rangkuman radar Dassault/Thales Antilope 5, yang mana direka untuk peranan serangan dan mempunyai keupayaan mengelakkan permukaan.

Tingkat upaya :

  • Peralatan sedia ada dipertingkatkan untuk menyediakan keupayaan perisikan elektronik (ELINT), membenarkan pesawat untuk merekodkan data di pemancar musuh untuk membuat analisis perisikan selepas penerbangan.
  • Sistem amaran peluru berpandu SAT Samir juga telah ditambah, ia telah dipasang dibelakang tenggekan peluru berpandu Magic.
  • Peningkatan masa depan termasuk tambahan Pod Reco NG (Pod de Reconnaissance Nouvelle Generation) untuk memberi keupayaan tinjauan digital siang dan malam, sistem perekod data digital, dan pautan data untuk menyediakan penghantaran imej masa sebenar kepada komander medan pertempuran. Sistem ini dibangunkan oleh Thales untuk digunakan dalam perkhidmatan pada tahun 2006.

Pesawat yang dilengkapi dengan sistem penyerakan dipertingkatkan dan berupaya untuk membawa kedua-dua peluru berpandu ASMP-A dan Pod Reco NG akan dikenali sebagai "Mirage 2000N-K3".

Mirage 2000DSunting

 
Pesawat Mirage 2000D bersedia untuk berlepas.

Pesawat Mirage 2000D adalah pesawat serangan konvensional khusus yang dibangunkan berasaskan model pesawat Mirage 2000N. Pada 19 Februari 1991, penerbangan pertama pesawat prototaip Mirage 2000D dilakukan dengan mengubahsuai pesawat prototaip Mirage 2000N. Pada 31 Mac 1993, penerbangan pertama pesawat pengeluaran telah berjaya dilakukan, dan pesawat ini telah memasuki perkhidmatan pada bulan April 1995. Sejumlah 86 buah pesawat telah dibina.

Ciri-ciri :

  • Kokpit yang serasi dengan Alat Pandang Malam (NVG) dan kawalan HOTAS yang dipertingkatkan.
  • Sistem Pengemudian Moden dengan keupayaan GPS.
  • Sistem Penyerakan ICMS 2 yang diperbaiki, dengan Serval RWR, penggangu Chameleon, dan pembahagi Spirale.

Persenjataan :

  • Kesemua senjata "bodoh" seperti bom, bom berangkai, pod roket dan pod meriam.
  • Senjata berpandu laser seperti peluru berpandu AS-30L atau bom panduan laser (LGB) buatan Perancis / Amerika Syarikat, dengan senjata dipandu oleh pod sasaran ATLIS II atau PDLCT (Pod de Designation Laser a Camera Thermique / Pod Penanda Laser Dengan Kamera Infra Merah) optik-infra merah yang dipertingkat dan mempunyai peleraian tinggi.
  • Peluru berpandu anti-radar Armat.
  • Pilihan untuk membawa dan mensasarkan peluru berpandu Exocet.

Tingkat upaya:

Pesawat Mirage 2000D-R2 yang pertama dinaik taraf telah dihantar pada tahun 2001. Ia dilengkapkan dengan sistem penyerakan yang dipertingkatkan, paling ketara adalah suar berkembar yang boleh menembak 24 butir suar yang terletak di setiap belah tulang belakang di hadapan sirip ekor.

Peningkatkan lain termasuk keupayaan untuk membawa peluru berpandu kruis Apache dan SCALP-EG, juga bom panduan tepat AASM baru yang berkos rendah. Tentera Udara Perancis juga berhasrat untuk menambah lingkaran data Sistem Penyebaran Maklumat Pelbagai Fungsi Lingkaran-16 (MIDS) dan radio pengubah kod SATURN (Second-generation Anti-Jam Tactical UHF Radio for NATO).

PenggunaSunting

Lihat jugaSunting

Kaitan :

Siri pesawat Mirage :

Pautan luarSunting