Dassault MD.452 Mystère merupakan sebuah pesawat pejuang-pengebom buatan Perancis pada tahun 1950-an.

MD.452 Mystère
Peranan Pejuang-pengebom
Pengeluar Dassault Aviation
Penerbangan sulung 1951
Diperkenalkan 1954
Dihentikan 1963 (Perancis)
Pengguna utama Tentera Udara Perancis
Dikeluarkan 1951-1957
Jumlah dibina 166

Pembangunan sunting

Selepas kejayaan Ouragan, Dassault telah membangunan sebuah pesawat yang lebih canggih berdasarkan pesawat ini, yang mana melakukan penerbangan sulung pada awal 1951 sebagai MD.452 Mystère I.

Prototaip pertama Mystere I asalnya merupakan pesawat Ouragan dengan 30-darjah sayap sapu dan permukaan ekor yang telah diubahsuai. Dua buah prototaip lagi dibina, dikuasai dengan turbin jet aliran emparan Rolls-Royce Tay 250, sebuah versi Rolls-Royce Nene yang ditingkatkan, dibina secara berlesen oleh Hispano-Suiza, dan di kadar pada 28.0 kN (2,850 kp / 6,280 lbf) tujahan.

Tiga buah prototaip Mystere I diikuti dengan dua buah prototaip Mystere IIA, dikuasai oleh Tay dan dipersenjatai dengan empat buah meriam Hispano 20 mm; dan kemudian empat prototaip Mystere IIB, yang mana menukar empat buah meriam 20 milimeter dengan dua meriam jenis-revolver 30 millimeter DEFA. Mystere IIA merupakan pesawat pertama buatan Perancis yang berjaya melepasi Mach 1 di dalam penerbangan terkawal (semasa menjunam), pada 28 Oktober 1951.

Sebelas buah pesawat pra-pengeluaran yang dikeluarkan didesignasi sebagai Mystere IIC, sembilan darinya dipasang dengan turbin jet aliran sepaksi SNECMA Atar 101C , rated at 24.5 kN (2,500 kp / 5,510 lbf) tujahan, sementara dua buah lagi diuji dengan pembakaran lepas Atar 101F, dengan tujahan pembakaran lepas sebanyak 37.3 kN (3,800 kp / 8,380 lbf).

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan sunting

  • Donald, David (1996). Encyclopedia of world military aircraft. AIRtime Publishing. ISBN 1-8805-8824-2. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Kopenhagen, Wilfried (editor) (1987). Das große Flugzeug-Typenbuch. Transpress. ISBN 3-3440-0162-0.CS1 maint: extra text: authors list (link)

Templat:Vectorsite