Dataran Santo Peter

Dataran Santo Peter (Itali: Piazza San Pietro [ˈpjattsa sam ˈpjɛːtro], Latin: Forum Sancti Petri) ialah sebuah dataran besar terletak di hadapan Basilika Santo Peter di Kota Vatikan, wilayah kekuasaan paus dalam Rom yang terletak di sebelah barat kejiranan atau rione Borgo di kota tersebut. Kedua-dua dataran dan basilika ini dinamakan sempena Santo Peter, salah seorang hawari Yesus dan Paus Katolik yang pertama.

Pemandangan Dataran Santo Peter serta kawasan sekitarnya di Rom dari kubah Basilika Santo Peter, bertarikh Jun 2007

Sebuah obelisk Mesir kuno yang didirikan di tapak semasa pada tahun 1586 terletak di tengah-tengah dataran. Gian Lorenzo Bernini, seorang jurubina dan pengukir Itali (1598 – 1680), mereka dataran ini hampir 100 tahun kemudian termasuk deretan tiang Tuscan besar sedalam empat tiang bagi tujuan menyambut pengunjung ke dalam gereja ini. Sebuah air pancut batu granit dibina oleh Bernini pada tahun 1675 sepadan dengan air pancut yang direka oleh Carlo Maderno (1556 – 1629), seorang jurubina Itali, pada 1613.

Kawasan dalam dataran berada di bawah penguasaan polis Itali untuk mengawal pergerakan jemaah gereja menurut Perjanjian Lateran meskipun ia adalah sebahagian dari kawasan milik Kota Vatikan.

Pautan luar sunting