Dato' Mohd Rosli Bin Ramli

Dato' Mohd Rosli bin Ramli merupakan seorang aktivis politik dan sosial. Beliau merupakan mantan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang telah berkhidmat dan berpengalaman luas dalam pentadbiran negara. Beliau merupakan Timbalan Presiden Parti BERJASA Malaysia yang dilantik pada Ogos 2022 menggantikan pemangku, Tn Hj Abd Samad Ashaari.

Dato'

Mohd Rosli Bin Ramli
Timbalan Presiden
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
Butiran peribadi
Parti politik Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
PasanganDatin Asmahan Zaidon

Latar Belakang sunting

Dato Mohd Rosli dilahirkan di Kedah pada 17 Oktober 1958. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Asmahan Zaidon dan dikurniakan 8 orang cahaya mata.

Pendidikan sunting

Pengalaman kerjaya sunting

Dato' Rosli pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan antaranya :

  • Timbalan Pengarah Bahagian Penyertaan Bumiputera , ICU, JPM
  • Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
  • Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat, ICU, JPM [1]
  • Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri Johor
  • Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengangkutan
  • Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM
  • Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan , Negeri Selangor [2]
  • Pengerusi Majlis Perundingan Belia, Negeri Selangor
  • Majlis Penasihat Lembaga Pertubuhan Peladang
  • Mantan Pengerusi Studio Kembara [3]
  • Ahli Mesyuarat Menteri-Menteri Besar/ Ketua Menteri

Penglibatan dalam masyarakat sunting

Dato Mohd Rosli giat terlibat secara serius dalam aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan;

  • Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bubblebee
  • Mantan Pengerusi Yayasan Ikhlas
  • Mantan Mejar (kehormat) Askar Wataniah
  • Pengerusi Koperasi Keluarga Embon Ramli

Penglibatan politik dan pilihan raya sunting

Dato' Rosli mula terlibat secara aktif dalam politik pada tahun 2020. Dato Rosli menyertai Parti BERJASA Malaysia pada tahun 2020 dan kemudian dilantik menjadi Timbalan Presiden pada Ogos 2022. Beliau merupakan calon parlimen di P125 Putrajaya sebagai calon Gerakan Tanah Air (GTA) dengan menggunakan tiket Parti Pejuang. Beliau dilantik Ahli Majlis Tertinggi Gerakan Tanah Air. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Penyelaras GTA di Wilayah Persekutuan.

Rujukan sunting