Onn Jaafar

(Dilencongkan dari Dato' Onn Jaafar)

Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (Jawi: عون بن جعفر; 12 Februari 1895 – 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.


Onn Jaafar

DK II (Johor); SPCM (Perak); DPMJ (Johor); KBE (UK)
عون جعفر
Dato' Onn Jaafar (kanan), bersama adiknya, Azizah Jaafar pada tahun 1948.
Menteri Besar Johor ke-7
Dalam jawatan
1 Jun 1947 – 18 Mei 1950
Didahului olehUngku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid
Digantikan olehDato' Syed Abdul Kadir Mohamed
Presiden UMNO pertama
Dalam jawatan
11 Mei 1946 – 26 Ogos 1951
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehTunku Abdul Rahman
Anggota Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Kuala Terengganu Selatan
Dalam jawatan
11 September 1959 – 19 Januari 1962
Didahului olehKonstituensi ditubuhkan
Digantikan olehIsmail Kassim
Butiran peribadi
Lahir(1895-02-12)12 Februari 1895
Jalan Gertak Merah, Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor
Meninggal dunia19 Januari 1962(1962-01-19) (umur 66)
Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Tempat persemadianMakam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
Parti politikUMNO (1946–1951)
IMP (1951–1953)
Parti Negara (1954–1962)
PasanganRafeah Abdullah (cerai)
Jamilah Osman (cerai)
Che Kah (cerai)
Datin Halimah Hussein (k. 1921)
IbuDatin Roquaiya Hanim
BapaDato' Jaafar Haji Muhammad
HubunganHishammuddin Hussein (cucu)
Mohamed Noah Omar (besan)
Mohd Seth Mohamed Said (besan dan menantu)
Abdul Rahman Mohamed Yassin (abang ipar)
Mohd Ghazali Mohd Seth (menantu)
Ungku Abdul Aziz, Syed Hussein Alatas, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Azah Aziz (anak saudara)

Kehidupan awal sunting

 
Dato' Onn Jaafar

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bahru serta merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

Beliau pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Kerjaya awal sunting

Bertugas sebagai wartawan sunting

Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Onn Jaafar mendapati orang-orang Cina tidak segan berkebun sayur , membuka kedai jahit dan lain-lain pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu.[2] Beliau dilantik menjadi pengarang Warta Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga penghujung 1933.[3]

Bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat sunting

Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Onn Jaafar menggantikan tempat Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman , pegawai daerah yang telah dibunuh dengan secara kejam oleh gerila-gerila 'Bintang Tiga' di Benut pada 10 Jun 1945.[4] Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis dan ketua kampung telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA antara Mac-April 1945. [5]

Isu dan kontroversi sunting

Dibuang ke Singapura sunting

Pada tahun 1917, Sultan Johor mengarahkan Onn Jaafar menyertai Pasukan Tentera Johor (JMF) dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura, markas JMF. Jawatan tertinggi beliau ialah Leftenan.

Pasukan tentera Johor Malay Force ini ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar.[6]

Pada 1920 beliau bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.

Dari tahun 1927-1936 Onn Jaafar dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.[7] Sultan Ibrahim telah memerintahkan supaya mendakwa Sunday Mirror, tetapi perkara itu lenyap begitu sahaja. [8]

Pada awal bulan Oktober 1930, Onn Jaafar mengkritik perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Helen Wilson (1889-1978) seorang wanita England. Pada 12 Mac 1934, baginda mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen Wilson dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.

Kerjaya politik sunting

Pengasas UMNO sunting

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.

Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara sunting

Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

Meninggal dunia sunting

Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 19 Januari 1962 akibat serangan jantung dan jenazahnya telah disemadikan bersebelahan makam bapanya, Allahyarham Dato' Jaafar bin Haji Muhammad di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

 
Makam Allahyarham Dato' Onn Jaafar di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Anugerah dan penghormatan sunting

Anugerah di dalam Malaysia sunting

Anugerah antarabangsa sunting

Garis masa sunting

  • 1895: Dilahirkan di Seri Gambir, Johor Bahru.
  • 1901: Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
  • 1902: Ibunya Rugayah meninggal dunia
  • 1903: Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.
  • 1910: 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
  • 1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
  • 1911: Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
  • 1911: Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang merupakan anak angkat bapanya). Mendapat empat orang anak dan isterinya meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
  • 1915: Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak iaitu Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
  • Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan.
  • 1917: Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
  • 1919: Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya. Mendapat 3 anak.
  • 1919: Ayahnya Dato Jaafar Haji Muhammad meninggal dunia.
  • 1920: Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
  • 1922: Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
  • 1923: Pegawai di Pejabat Tanah Muar
  • 1924: Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
  • 1927: Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
  • 1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
  • 1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
  • 1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
  • 1936-1941: Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
  • 19421945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
  • 1945-1946: Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
  • 1946-1949: Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
  • 1946: Menganjurkan Kongres Melayu 1946
  • 1946-1951: (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947.
  • 1949: (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan perhatian kepada UMNO.
  • 1951: Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
  • 1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
  • 1951: Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
  • 1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.
  • 1955: Tewas dalam Pilihan raya Persekutuan 1955 kepada calon Parti Perikatan, Dato' Suleiman Abdul Rahman
  • 1959: Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
  • 1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
  • 1962 (umur 67): Meninggal dunia dan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Senarai karya sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Panggilan "Yang Berhormat" dikhaskan untuk penerima gelaran Dato' yang dianugerahkan oleh Sultan Johor Darul Ta'zim.[1]
  1. ^ Abdul Rahim Ramli (19 Jun 2010). "Syarat Ketat Anugerah Datuk Johor". mStar Online. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  2. ^ 'Dato Onn Jaafar, peranannya didalam politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu, 1895-1962' oleh [[Ramlah Adam' ;Gateway Pub. House, 1987 , hlm 8
  3. ^ 'Warta Malaya, penyambung lidah bangsa Melayu, 1930-1941' oleh Zulkipli bin Mahmud ;Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia ; 1979
  4. ^ 'Tan Sri Haji Mohamed Noah ' oleh Zabha, hlm 68
  5. ^ 'Forgotten Armies: The Fall of British Asia, 1941-1945' oleh Christopher Alan Bayly, ‎Timothy Norman Harper
  6. ^ 'Across the Causeway: A Multi-dimensional Study' oleh Takashi Shiraishi ;2009 ; hlm 131'
  7. ^ 'Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan' oleh Ramlah Adam; ‎Dewan Bahasa dan Pustaka ; 1992 ;hlm 25
  8. ^ 'UMNO, organisasi dan kegiatan, 1945-1951;Ramlah Adam ; 1978 ;hlm 102
  9. ^ Mohamed Abid (2003). Reflections of pre-independence Malaya. Subang Jaya, Selangor, Malaysia: Pelanduk Publications. m/s. 12. ISBN 967-978-865-2. OCLC 53896919.
  10. ^ "STATE HONOUR FOR LADY IBRAHIM". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Singapore: The Singapore Free Press. 17 September 1947. OCLC 53258619. Dicapai pada 5 April 2021.
  11. ^ Pengemudi Bahtera Merdeka Johor. Abu Bakar bin Abdul Hamid, Zam Ismail, 1943-, Kamdi Kamil, 1949- (ed. 1st). Johor Bahru, Johor: Yayasan Warisan Johor. 2012. m/s. 73. ISBN 978-983-2440-46-8. OCLC 870691698.CS1 maint: others (link)
  12. ^ "Perak honours six with posthumous awards". The Star (dalam bahasa Inggeris). 28 November 2015. Dicapai pada 12 November 2019.
  13. ^ "No. 39863". The London Gazette (Supplement). 26 May 1953. m/s. 2973.
  • Ramlah Adam, ' Dato' Onn Ja'afar - Pengasas Kemerdekaan'. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, hlm 12
  • Abdul Latip bin Talib, 'Dato' Onn Jaafar : Kisah Seorang Patriotik'. Latip dan Keluarga Enterprise, Negeri Sembilan, 2017.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Johor
1 Jun 194718 Mei 1950
Penyandang Kemudian
Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid Syed Abdul Kadir Mohamed


Penyandang Terdahulu Presiden UMNO
11 Mei 1946Jun 1951
Penyandang Kemudian
Yang Pertama Tunku Abdul Rahman Al-Haj