Dato' Shahbandar Sungai Ujong

jawatan pembesar adat di Negeri Sembilan

Dato' Shahbandar Sungei Ujong merupakan pemerintah Waris di-Ayer Luak Sungei Ujong di Negeri Sembilan. Jawatan pembesar ini diwujudkan oleh Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor semasa Sungai Ujong berada di bawah takluk Johor, bermula pada tahun 1715.

Dato' Shahbandar
Sungai Ujong, Negeri Sembilan
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Dato' Shahbandar Sungai Ujong
Dato' Seri Utama Haji Badarudin bin Haji Abdul Khalid

Dato' Shahbandar Sungei Ujong yang pertama ialah Dato' Keling cucu kepada Bendahara Kesultanan Johor Lama, Tun Jenal yang lebih dikenali sebagai Bendahara Sekudai.

Dato’ Shahbandar mempunyai kuasa memungut hasil, cukai perniagaan dan perkapalan sepanjang Sungai Linggi [1]. Selain sebagai pemerintah Waris di-Ayer Sungei Ujong, Dato' Shahbandar juga adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan dan mempunyai kedudukan istimewa dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959[2].

Mengikut Perkara 15 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Dato' Undang Luak Sungei Ujong perlu berunding dengan Dato' Shahbandar Sungei Ujong yang mengetuai Waris di-Ayer Sungei Ujong berhubung hal pemerintahan di luak berkenaan[3].

Dato' Shahbandar bersama Dato' Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong berkuasa menentukan penyandang pembesar wilayah Linggi berketurunan Bugis yang bergelar Dato' Muda Linggi.

Gelaran Dato' Shahbandar Sungei Ujong kini disandang oleh Yang Amat Mulia Dato' Seri Utama Haji Badarudin bin Haji Abdul Khalid[4] menggantikan Dato' Shahari Hassan.

Rujukan sunting

  1. ^ “Datuk Shahbandar Sungai Ujong,” Malaycivilization, diakses pada 20 Januari 2021, http://www.malaycivilization.com.my/items/show/105594.
  2. ^ Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959
  3. ^ Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959
  4. ^ "Menghadap Dato' Shahbandar Sungai Ujong". Majlis Bandaraya Seremban. Dicapai pada 20 Januari 2021.