Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor

Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) (Grand Commander) mengandungi seutas kalung (collar) diperbuat daripada emas dan enemel berbentuk rantai. Pada rantai ini terdapat enam lambang bulan dan bintang, serta berangkai dengan nama para sahabat Nabi Muhammad S.A.W., iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang diukir dalam tulisan Jawi. Di hadapan darjah tertera nama Nabi Muhammad S.A.W. kiri dan kanan dalam tulisan Jawi, disilangi dengan Cogan Agama di kiri dan Cogan Alam di kanan yang diapit ukiran dua ekor harimau. Di bahagian atasnya terukir lambang mahkota dan di bawahnya tertera cogan kata bertulisan Jawi “Kepada Allah Berserah”. Penulisan ini membuktikan pegangan Almarhum Sultan Abu Bakar kepada agama Islam.

Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia
Dianugerahkan oleh
Jata Kemahkotaan Sultan Ibrahim small logo.png
Sultan Johor
JenisPerintah
Dizahirkan31 Julai 1886
Cogan kata“Kepada Allah Berserah”
StatusMasih dikurniakan
PenganugerahSultan Johor
GredDato’ Sri Paduka Mahkota Johor
Singkatan darjahSPMJ
Perangkaan
Pelantikan pertama1886
Pelantikan terakhir2022
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua
Lebih rendahDato' Sri Setia Sultan Ismail Johor
Most Honourable Order of the Crown of Johor - ribbon bar.png
Reben Darjah SPMJ
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini

Ia membawa gelaran Dato' bagi lelaki, isteri penerima, Datin dan bagi penerima wanita pula, ia membawa gelaran Datin Paduka dan tiada gelaran bagi suami penerima wanita.

Selain itu, bintang besar (breast badge) yang berukuran 90 mm, diperbuat daripada perak dengan lima pecahan berbentuk gelombang api, serta lambang bulan dan bintang emas di antara pecahan itu. Di bahagian tengah diukir dengan nama Nabi Muhammad S.A.W. bertulisan Jawi, manakala di bawahnya ada lambang mahkota yang di kelilingi enamel berwarna biru, dengan bahagian atasnya ditulis cogan kata bertulisan Jawi, “Kepada Allah Berserah”.

Bintang kecil (sash badge) diperbuat daripada perak mempunyai lima pecahan, beukuran 58 mm diameter. Kain selempangnya berwarna kuning dan berjalur biru di tengahnya, serta berukuran 86 mm lebar turut melengkapi darjah ini.[1]

Panggilan hormat untuk penerima darjah kebesaran ini adalah Yang Berhormat.

Penerima TerkenalSunting

1886Sunting

1892Sunting

1941Sunting

1959Sunting

1960Sunting

1961Sunting

1965Sunting

1970Sunting

1971Sunting

1972Sunting

1973Sunting

1975Sunting

1977Sunting

1979Sunting

1980Sunting

1986Sunting

1991Sunting

2004Sunting

2013Sunting

2015Sunting

2018Sunting

2021Sunting

2022Sunting

RujukanSunting