Ahmad Mahmud

Pelakon dan pengarah Malaysia
(Dilencongkan dari Datuk Ahmad Mahmood)

Datuk Ahmad Mahmud (juga dieja Ahmad Mahmood) merupakan seorang pelakon filem berbangsa Melayu yang telah mewarnai bidang perfileman di Malaysia dan Singapura pada era 1950-an hingga 1990-an. Beliau telah dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 17 Mac 1927. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah "Iman", "Hang Tuah", "Ibu Mertua-ku", "Dayang Senandong", "Isi Neraka", "Raja Bersiong" dan "Lela Manja".[3]


Ahmad Mahmud
Ahmad Mahmud.jpg
Gambar potret Ahmad bin Mahmud
Kelahiran(1927-03-17)17 Mac 1927[1]
Meninggal dunia27 Ogos 2008(2008-08-27) (umur 81)
Sebab kematianMenderita Penyakit Buah Pinggang
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pengarah filem, penerbit filem, penulis
Tahun aktif1952–1997
PasanganDatin Khatijah Mohamad
Anak3
AnugerahAhli Mangku Negara (1987)
Pingat Datuk Setia DiRaja, ("Gelaran Datuk" 2005)[2]

BiografiSunting

Ahmad Mahmud memulakan kerjayanya sebagai pelakon filem di Cathay-Keris Film dengan membintangi dua filem - "Perwira Di Lautan Teduh" yang tidak dapat disiapkan dan "Setia" yang turut dibintangi Rosini. Filem "Setia" berjaya disiapkan tetapi kerana Ho Ah Loke tidak berpuas hati tentang kualitinya dan bimbang akan ketidakmampuannya menghasilkan filem, filem tersebut tidak diedarkan secara meluas, hanya ditayangkan di panggung-panggung kecil saja. Memandangkan di Cathay-Keris Film masa depannya agak gelap, Ahmad Mahmud mencuba nasibnya di Shaw's MFP, Jalan Ampas.

Kedatangannya ke Jalan Ampas dianggap seperti 'melukut di tepi gantang' kerana Tan Sri P. Ramlee sudah berada di kemuncak tambahan pula Yusof Latiff sedang meniti populariti. Pada tahun 1953, bermulalah kerjayanya sebagai pelakon filem di Shaw's MFP apabila V. Girimaji memberi peranan sebagai pelakon pembantu di dalam "Istana Impian" yang turut dibintangi S. Shamsuddin, Neng Yatimah, Aziz Sattar dan Saadiah.

Kekacakan dan ketampanan Ahmad Mahmud telah menarik minat K.M. Basker, lalu diambilnya berlakon sebagai pelakon utama di dalam "Ayer Mata" bersama Rosnani Jamil. Populariti Ahmad Mahmud memuncak apabila pengarah K.R.S. Sastry mengambilnya berlakon di dalam "Iman" (adaptasi dari cerita klasik Jerman, "Faust") yang tidak diduga mendapat sambutan luar dugaan apabila ditayangkan pada pertengahan tahun 1954. Ketampanan Ahmad Mahmud dan kejelitaan Saadiah di dalam "Iman" itu menjadi pujaan ramai dan menjadikan mereka pasangan lakon yang kerap digandingkan bersama iaitu menerusi 15 buah filem.

Pada tahun 1956, beliau melakonkan watak Hang Jebat di dalam filem "Hang Tuah" bersama Tan Sri P. Ramlee. Beliau kemudiannya membintangi satu demi satu filem yang mana boleh dikatakan semuanya mendapat sambutan baik dan mendapat kejayaan box office. Sebagai seniman besar, beliau juga turut diambil berlakon oleh Tan Sri P. Ramlee di dalam filem-filem arahannya - "Ibu Mertua-ku" (sebagai Dr. Ismadi), "Seniman Bujang Lapok" dan "Nasib Si Labu Labi".

Beliau yang telah berlakon di dalam 50 buah filem juga menerima pelbagai anugerah sepanjang hampir setengah abad bergelar sebagai seorang pelakon. Antara filem lakonannya ialah Filem "Iman", "Hang Tuah", "Ibu Mertuaku", "Dayang Senandong", "Isi Neraka", "Raja Bersiong" dan "Lela Manja". Kali terakhir beliau berlakon adalah di dalam drama bersiri yang bertajuk "Bukit Lalang" arahan Mior Hashim Manap pada tahun 1997.

Selain berlakon, beliau juga boleh menyanyi dan kerap juga menggunakan suaranya sendiri di dalam filem-filem lakonannya seperti filem "Isi Neraka" menerusi lagu "Tanda Kasih" (berduet bersama Rahmah Rahmat) dan filem "Sri Andalas" menerusi lagu "Kesetiaan Kasih" (berduet bersama Rafeah Buang).

Apabila MFP melabuhkan tirainya, beliau tidak pergi semula ke Cathay-Keris Film walaupun ramai teman seperjuangannya berbuat demikian. Beliau bertekad mahu mengarah dan mengeluarkan filem sendiri. Setelah lama berlakon, kerjaya beliau beralih arah sebagai pengarah, penerbit, penulis lakon layar asal di dalam empat buah filem iaitu "Mama Oh Mama" (1981), "Dendam Dari Pusara" (1983), "May 13" (1984) dan "Komplot" (1984).

Hasil perkongsian hidupnya dengan Datin Khatijah Mohamad (1925-2021), mereka telah dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki. Beliau telah disahkan menghidapi penyakit buah pinggang pada tahun 2001. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 27 Ogos 2008 di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor ketika berumur 81 tahun. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.[4]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1951 Perwira Di Lautan Teduh Filem pertama
1952 Setia
1953 Istana Impian Salim
Ayer Mata Rashid
Mangsa
1954 Arjuna
Iman Pak Guru / Roslan
1955 Insan Hassan
1956 Ribut 
Adekku 
Hang Tuah Hang Jebat
1957 Kembali Seorang
Seruan Darah
Putera Bertopeng Tengku Ali
Mogok Ismail
Taufan Amir
1958 Azimat
Matahari Ahmad
1959 Puteri Gunong Banang Wira
Raja Laksamana Bentan Laksamana Andak
1960 Lela Manja Raja Muda
Megat Terawis Megat Terawis
Isi Neraka Adi
1961 Seniman Bujang Lapok Doktor Penampilan khas
Mas Merah Awang Sulong
Sri Tanjung
1962 Gerhana Karim
Ibu Mertua-ku Doktor Ismadi
Siti Muslihat Tengku Abdullah / Panjang
1963 Kasih Tanpa Sayang 
Korban
Jeritan Batin
Nasib Si Labu Labi Pengadil Ratu Kebaya Penampilan khas
1964 Jeritan Batin
Dupa Cendana Dupa
1965 Pusaka Pontianak Safrudin
Dayang Senandong Raja Kamaruzaman
1966 Anak Buloh Betong Panglima Lintah
Sri Andalas Tengku Mahkota Andalas Putera
1967 Raja Bersiong Raja Ong Maha Perita Deria
Jebak Maut
Antara Dua Nisan Juga sebagai pengarah
1968 Teratai
1969 Lanang Sejagat Sitara
Tunggal
1980 Kisah Seorang Biduan
1981 Mama Oh Mama Pengarah
1983 Dendam Dari Pusara Dolah
Ranjau Sepanjang Jalan Lahuma
1984 May 13
Komplot Filem terakhir, sebagai pengarah

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1997 Bukit Lalang Astro Prima

DiskografiSunting

LaguSunting

Anugerah dan pencalonanSunting

  • Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1987.
  • Pingat Datuk Setia DiRaja yang telah membawa gelaran "Datuk" pada tahun 2005.[5]
Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
2004
Festival Filem Malaysia ke-17
- - Anugerah Pelakon Lelaki Sepanjang Zaman
1983 Festival Filem Malaysia ke-4 Dendam Dari Pusara Pelakon Lelaki Terbaik Menang
1967/68 Festival Filem Malaysia Raja Bersiong Aktor Terbaik Menang
1953/54 Festival Filem Malaya Iman Aktor Terbaik Menang

• (pencalonan) Aktor Terbaik " Sri Andalas " - Festival Filem Malaysia 1966.

• (pencalonan) Aktor Terbaik " Megat Terawis " - Festival Filem Malaya 1960.

• (pencalonan) Aktor Terbaik " Ribut " - Festival Filem Malaya 1955.

BibliografiSunting

RujukanSunting

  1. ^ Datuk Ahmad Mahmood (Telah Meninggal Dunia 27 Ogos 2008) Sinema Malaysia
  2. ^ Datuk Ahmad Mahmud is A Role Model to All, (1926-2008), Oleh: hafiah@nst.com.my
  3. ^ "Datuk Ahmad Mahmood". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 2012-01-28.
  4. ^ "Ahmad Mahmud Pergi Di Sisi Keluarga". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-17. Dicapai pada 2012-01-28.
  5. ^ http://malaysiacinema.blogspot.com/2009/09/actor-ahmad-mahmud.html Datuk Ahmad Mahmud is A Role Model to All, (1926-2008), Oleh: hafiah@nst.com.my

Pautan luarSunting