Datuk Bandar Kuala Lumpur
Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Kuala Lumpur, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur selepas penaiktarafan status Kuala Lumpur sebagai bandar raya pada 1 Februari 1972.
Datuk Bandar Kuala Lumpur | |
---|---|
![]() | |
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | |
Gelaran | Yang Berbahagia |
Ahli kepada | Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur |
Lapor kepada | Menteri Wilayah Persekutuan |
Pusat | Tingkat 28, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur |
Pelantik | Menteri Wilayah Persekutuan |
Tempoh jawatan | Dua tahun |
Pemegang sulung | Lokman bin Yusof |
Pembentukan | 1 Februari 1972 |
Laman sesawang | www |
Penyandang Datuk Bandar Kuala Lumpur ialah Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang telah dilantik sejak 1 Oktober 2020[1].
PelantikanSunting
Datuk Bandar Kuala Lumpur dilantik oleh Menteri Wilayah Persekutuan[2] setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta persetujuan oleh Perdana Menteri Malaysia[1]. Tempoh bagi jawatan ini dipegang ialah selama dua tahun[1].
PenyandangSunting
Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Tempoh | Nama Datuk Bandar | Lahir - Mati | Parti politik |
---|---|---|---|
1 Feb 1972 - 15 Mei 1972 | Datuk Lokman bin Yusof | 1910 - 1972 | Tidak berparti |
Jul 1972 - 1 Feb 1984 | Tan Sri Yaacob bin Abdul Latiff | 1918 | Tidak berparti |
1 Feb 1984 - 17 Nov 1992 | Tan Sri Datuk Seri Elyas bin Omar | 1936 - 2018 | Tidak berparti |
17 Nov 1992 - 14 Dis 1995 | Datuk Mazlan bin Ahmad | 1943 | Tidak berparti |
14 Dis 1995 - 14 Dis 2001 | Tan Sri Datuk Kamaruzzaman Shariff | 1941 | Tidak berparti |
14 Dis 2001 - 14 Dis 2004 | Datuk Mohmad Shaid Mohd Taufek | L1947 | Tidak berparti |
14 Dis 2004 - 14 Dis 2006 | Datuk Ruslin Hasan | 1950 | Tidak berparti |
14 Dis 2006 - 14 Dis 2008 | Datuk Abdul Hakim Borhan | 1951 | Tidak berparti |
14 Dis 2008 - 15 Julai 2012 | Tan Sri Ahmad Fuad Ismail | 1953 | Tidak berparti |
18 Julai 2012 - 17 Julai 2015 | Tan Sri Ahmad Phesal Talib | 1954 | Tidak berparti |
18 Julai 2015 - 2 Oktober 2018 | Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz | 1955 | Tidak berparti |
2 Oktober 2018 - 1 Oktober 2020 | Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan | 1956 | Tidak berparti |
2 Oktober 2020 - kini | Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah | 1959[perlu rujukan] | Tidak berparti |
RujukanSunting
- ^ a b c Hilmi Malik (1 Oktober 2020). "Mahadi Che Ngah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 27 November 2020. Dicapai pada 25 Januari 2021.
- ^ "Malaysia's towns and cities are governed by appointed mayors" (dalam bahasa English). 2006. Dicapai pada 9 Oktober 2006.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)