Abdullah bin Ahmad Badawi
Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Jawi: عبد الله بن احمد بداوي ; lahir 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5 mengganti Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]
Abdullah Ahmad Badawi DK I (Johor); DK (Kelantan); DK (Pahang); DUK (Kedah); SMN (Malaysia); SPMS, DSSA (Selangor); SUMZ (Terengganu); DBSJ, SSSJ (Perlis); SPSA (Perak); SSAP (Pahang); SPNS (Negeri Sembilan); DUPN, DGPN, (Pulau Pinang); SPDK (Sabah); DUNM (Melaka); SUMW (Wilayah Persekutuan); DP (Sarawak); DJN (Pulau Pinang); KMN AMN (Malaysia) | |
---|---|
عبد الله احمد بداوي | |
Mantan Perdana Menteri Malaysia Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi | |
Menyandang jawatan 4 April 2009 (15 tahun, 8 bulan dan 4 hari) | |
Pegawai Khas | Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (2020-) Dato' Haji Jefridin Haji Atan (2009-2020) |
Perdana Menteri Malaysia ke-5 | |
Digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan باڤ ڤمباڠونن مودل انسان | |
Dalam jawatan 31 Oktober 2003 – 3 April 2009 (5 tahun, 5 bulan dan 3 hari) | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006) Tuanku Mizan Zainal Abidin (2006 - 2011) |
Timbalan | Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2004-2009) |
Didahului oleh | Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak |
Dalam jawatan 8 Januari 1999 – 31 Oktober 2003 (4 tahun, 9 bulan dan 23 hari) | |
Raja | Tuanku Ja'afar (1994 - 1999) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1999 - 2001) Tuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006) |
Perdana Menteri | Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Digantikan oleh | Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak |
Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 1 November 2003 – 23 September 2008 (4 tahun, 10 bulan dan 22 hari) | |
Didahului oleh | Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kepala Batas, Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 1978–2013 | |
Didahului oleh | Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim |
Digantikan oleh | Reezal Merican Naina Merican |
Setiausaha Agung NAM | |
Dalam jawatan 31 Oktober 2003 – 15 September 2006 (2 tahun, 10 bulan dan 15 hari) | |
Didahului oleh | Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Tun Hussein Onn |
Pegawai Daerah Barat Daya | |
Dalam jawatan 28 Mei 1983 – 20 Disember 1988 (5 tahun, 6 bulan dan 22 hari) | |
Didahului oleh | Shekih Hamid |
Digantikan oleh | Mohd Baharuddin Bahrain |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdullah bin Ahmad Badawi 26 November 1939 Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia) |
Parti politik | UMNO |
Gabungan politik lain | Perikatan
Barisan Nasional |
Pasangan | Tun Endon Mahmood Ambak (k. 1965; m. 2005) Tun Jeanne Abdullah (k. 2007) |
Pertalian | Khairy Jamaluddin (Menantu) |
Anak | Kamaluddin Abdullah Nori Abdullah |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Saudara |
|
Kediaman | Bait Badawi, Kampung Sungai Penchala |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Menteri |
Bidang pengkhususan | Ahli Politik |
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Pada tahun 1999 dilantik sebagai Timbalan kepada Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.
Latar belakang
suntingDilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam.[2] Selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.[3][4][5][6][7]
Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.[8]
Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.
Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.
Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi "Ku Cari Damai Abadi" yang mendapat sambutan baik daripada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia (projek Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah puisi yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapan-ungkapan yang bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar, mendalam, luas lagi suci.'[9]
Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari.[10]
Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – My Fair Lady antara yang paling diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.
Kerjaya politik
suntingMenyertai UMNO
suntingAbdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' atau dikenali sebagai Team Wawasan, manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.
Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:
- Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
- Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
- Menteri Pelajaran (1984-86)
- Menteri Pertahanan (1986-87)
- Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).
Sebagai Timbalan Perdana Menteri
suntingKerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.
Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Perdana Menteri
suntingSejak menjadi perdana menteri, Abdullah mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam.
Sebagai Pengerusi Barisan Nasional
suntingApabila Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan.
Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, Mahathir berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.[11]
Melepaskan jawatan Perdana Menteri
suntingAbdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Kontroversi
suntingSetelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.
Walaupun Abdullah mengatakan bahawa beliau mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, beliau telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006.[12] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti".[13] Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.
Kebebasan media
suntingAbdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan.[14] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar.[15]
Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008
suntingAbdullah Ahmad Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008.[16] Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan.[17]
Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen.[18]
Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia
suntingPada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia.[19]
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.
Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.[20]
Usul undi tidak percaya
suntingPada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Wan Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan." Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7).[21] SAPP pimpinan Yong Teck Lee bertindak keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi mempercayai Abdullah. UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan hasrat itu.[22]
Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei
suntingPada 30 April 2010, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Abdullah Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerah Limbang, Sarawak.[23] Ia 'dinafikan' oleh beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir. [24]
Anugerah
suntingTahun | Nama Anugerah | Daripada |
---|---|---|
2010 | Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri Utama | Wilayah Persekutuan |
2009 | Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun | Malaysia |
2007 | Bintang Republik Indonesia Adi Pradana | Indonesia |
2006 | Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) | Kelantan |
2005 | Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.U.M.Z.) | Terengganu |
2004 | Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa) | Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India |
2004 | Pingat Jose Marti (Jose Marti Order) | Cuba |
2004 | Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri Utama | Melaka |
2004 | Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.I) | Johor |
2003 | Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi | Sarawak |
2003 | Darjah Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri Diraja | Perak |
2001 | Fellowship Kehormat | Institute of Engineers Malaysia |
2001 | Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (S.S.S.J.) - Dato' Seri Diraja | Perlis |
2000 | Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Dato’ Seri Utama | Negeri Sembilan |
2000 | Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' Seri | Selangor |
1999 | Fellowship Kehormat | London Chartered Institute of Marketing |
1999 | Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri | Pahang |
1999 | Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri Panglima | Sabah |
1997 | First Class Order of Friendship Of DPRK | Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara) |
1997 | Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Dato’ Seri | Pulau Pinang |
1994 | A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant | Thailand |
1994 | Grand Cross of The Order of Merit | Chile |
1992 | Darjah Kebesaran Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato' | Selangor |
1992 | Anugerah "Gwang Hwa Chang" dari Republik Korea | Republik Korea (Korea Selatan) |
1991 | Grand Cordon Of The Order Of The Sacred Treasure | Jepun |
1987 | Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat | Amerika Syarikat |
1983 | Diplomatic Service Merit, The Gwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan | Republik Korea (Korea Selatan) |
1981 | Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - Dato’ | Pulau Pinang |
1979 | Darjah Johan Negeri (D.J.N.) | Pulau Pinang |
1974 | Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) | Malaysia |
1971 | Ahli Mangku Negara (A.M.N) | Malaysia |
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1978 | Kepala Batas | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 12,645 | 62.41% | Musa Mohd. Yatim (PAS) | 7,616 | 37.59% | 5,029 | Tidak diketahui | |||
1982 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 16,759 | 68.51% | Mohamad Sabu (PAS) | 4,115 | 16.82% | 25,277 | 12,644 | 80.29% | |||
Khoo Siew Hoe (DAP) | 3,589 | 14.67% | ||||||||||
1986 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 15,463 | 69.33% | Ahmad Hasan Salahuddin (PAS) | 6,841 | 30.67% | 22,900 | 8,622 | 75.81% | |||
1990 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 17,025 | 70.35% | Ahmad Awang (S46) | 7,174 | 29.65% | 24,931 | 9,851 | 80.25% | |||
1995 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 22,521 | 82.77% | Naser Mohd Radzi (S46) | 4,687 | 17.23% | 28,301 | 17,834 | 78.39% | |||
1999 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 19,985 | 69.40% | Abd Khalid Rasid (PAS) | 8,810 | 30.60% | 29,413 | 11,175 | 81.22% | |||
2004 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 25,403 | 77.72% | Abd Khalid Rasid (PAS) | 7,281 | 22.28% | 33,356 | 18,122 | 84.19% | |||
2008 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 23,445 | 65.78% | Subri Md Arshad (PAS) | 12,199 | 34.22% | 36,328 | 11,246 | 84.45% |
Garis masa
sunting- 1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.
- 1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
- 1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
- 1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).
- 1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).
- 1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- 1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
- 1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
- 1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).
- 1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).
- 1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
- 1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
- 1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
- 1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
- 1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
- 1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.
- 1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
- 1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
- 2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
- 2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
- 2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
- 2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
- 2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.
- 2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober
Garis masa sebagai Ahli Parlimen
suntingGaris masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun
Rujukan
suntingNota kaki
sunting- ^ ""Pak Lah dilantik Pengerusi IKIM", Utusan Online. 29 Ogos 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-03. Dicapai pada 2009-09-02.
- ^ http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/hv_PMKiniSemasaNew/D63C3C4E562A452548256EB000304EB7
- ^ Backman, Michael. Asia Future Shock: Business Crisis and Opportunity in the Coming Years, Palgrave Macmillan, 2008, ISBN 978-0-230-00677-5, p. 133.
- ^ PM meets relatives from China, The Star Online, 22 Disember 2003.
- ^ "UMNO man and that 'immigrants' remark suspended"[pautan mati kekal].
- ^ http://radaris.asia/p/Su/Chiang/
- ^ "Chinese/Native intermarriage in Austronesian Asia".
- ^ "Tun Abdullah Ahmad Badawi: Full Biography". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2012. Dicapai pada 26 Julai 2012.
- ^ Abdullah Ahmad Badawi. Ku Cari Damai Abadi. I Seek Eternal Peace. In 80 Languages. Advisor Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah. Editor Assoc. Professor Dr. Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2008, p. XV
- ^ [1]
- ^ [2]
- ^ Mukhriz dikecam gara-gara kritik ucapan Pak Lah Diarkibkan 2008-02-25 di Wayback Machine, mStar on-line.
- ^ Nihaz Mohd Yusoff (8 Disember 2007). "Media Perdana VS Media Maya". MYKMU NET. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2008-02-10.
- ^ [3]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-22. Dicapai pada 2021-09-22.
- ^ [4][pautan mati kekal] [sumber tak boleh dipercayai?]
- ^ [5]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-13. Dicapai pada 2008-02-27.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-06-14. Dicapai pada 2007-06-14.
- ^ [6] Diarkibkan 2008-03-05 di Wayback Machine [sumber tak boleh dipercayai?]
- ^ Usul Undi Tak Percaya Terhadap PM Ditolak, Anggota Pembangkang Bertindak Keluar Dewan
- ^ "UPKO akan kaji semula sokongan kepada SAPP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-12. Dicapai pada 2009-11-08.
- ^ "Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak RM320b' pada Brunei", Malaysiakini.com. 30 April 2010.
- ^ "Ini penjelasan Pak Lah...", Malaysiakini.com. 30 April 2010.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 4 February 2017. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
- ^ "Pilihanraya Umum Malaysia". Data Pilihanraya Umum Malaysia undiinfo. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya umum 2004.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Abdullah bin Ahmad Badawi |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Abdullah bin Ahmad Badawi |
- Laman web rasmi Perdana Menteri
- Profil Perdana Menteri
- Profil: Abdullah Ahmad Badawi
- Laman Kerajaan Malaysia: Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
- Abdullah yang setia memenangi jawatan pesaing Anwar Diarkibkan 2007-01-12 di Wayback Machine
- Universiti Utara Malaysia Diarkibkan 2006-05-01 di Wayback Machine
Penyandang Terdahulu | Perdana Menteri Malaysia 1 November 2003 – 2 April 2009 |
Penyandang Kemudian |
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad | Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak |
Penyandang Terdahulu | Presiden UMNO 30 Oktober 2003 – 28 Mac 2009 |
Penyandang Kemudian |
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad | Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak |
Penyandang Terdahulu | Timbalan Perdana Menteri Malaysia 8 Januari 1999 – 31 Oktober 2003 |
Penyandang Kemudian |
Dato' Seri Anwar Ibrahim | Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak |
Penyandang Terdahulu | Menteri Kewangan Malaysia 1 November 2003 – [[]] 2008 |
Penyandang Kemudian |
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad | Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak |
Penyandang Terdahulu | Menteri Pertahanan Malaysia [[]] 2008 – 2009 |
Penyandang Kemudian |
Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Razak | Dato' Seri Dr. Zahid bin Hamidi |
Penyandang Terdahulu | Menteri Keselamatan Negara Malaysia [[]] 2004 – 8 Mac 2008 |
Penyandang Kemudian |
jawatan dicipta | jawatan dimansuhkan |
Penyandang Terdahulu | Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Malaysia [[]] [[]] – 21 Mac 2004 |
Penyandang Kemudian |
[[]] | jawatan dimansuhkan |