Datum Aras Laut 1929

Datum Aras Laut 1929 ialah datum kawalan tegak yang diasaskan untuk pensurveian kawalan tegak di Amerika Syarikat menerusi Pelarasan Umum 1929. Ia digunakan untuk mengukur aras tinggi atau altitud di atas atau kedalaman (lekukan) di bawah min aras laut (MSL).

Min aras laut itu diukur dengan menggunakan 26 buah tolok pasang surut; 21 di Amerika Syarikat dan 5 di Kanada. Datumnya ditentukan daripada ketinggian tercerap min aras laut yang diberikan oleh kesemua 26 tolok pasang surut itu serta juga daripada ketinggian semua tanda aras yang diselaraskan. Pelarasan itu memerlukan sebanyak 66,315 batu (106,724 km) pengarasan menerusi penggunakan 246 litar tertutup dan 25 litar pada aras laut.

Oleh sebab Datum Aras Laut 1929 merupakan sebuah model kacukan dan bukannya model tulen untuk mengukur min aras laut, geoid, atau permukaan-permukaan sama daya yang lain, ia dinamai semula sebagai Datum Tegak Geodesi Negara 1929 (NGVD 29) pada 1973. NGVD 29 kemudian digantikan oleh Datum Tegak Amerika Utara 1988 (NAVD 88), berdasarkan Pelarasan Umum Datum Amerika Utara 1988.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting