David Kenneth Harbour (lahir 10 April 1975) ialah pelakon Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya filemnya pada tahun 2004, dan terus membintangi peranan dalam filem seperti Quantum of Solace, The Green Hornet, End of Watch, The Equalizer dan Black Mass. Harbour memegang watak utama dalam reboot Hellboy 2019, dan mendapat pengiktirafan untuk watak Jim Hopper dalam Stranger Things,[2] yang melayakkan beliau menerima Anugerah Televisyen Pilihan Pengkritik pada tahun 2018.[3] Beliau juga telah menerima pencalonan Anugerah Emmy Primetime dan pencalonan Anugerah Golden Globe untuk peranan tersebut.[4][5]

David Harbour
Harbour di San Diego Comic-Con 2019
Kelahiran
David Kenneth Harbour[1]

(1975-04-10) 10 April 1975 (umur 49)
Pusat pendidikanKolej Dartmouth
Tahun aktif1999 - kini
PasanganLily Allen (k. 2020)

Rujukan sunting

  1. ^ "Stranger Things' Winona Ryder & David Harbour Answer the Web's Most Searched Questions". WIRED. YouTube. July 8, 2019. Dicapai pada July 9, 2019.
  2. ^ "David Harbour loves Hopper on 'Stranger Things.' So why does he want him dead?". Los Angeles Times. January 1, 2020. Dicapai pada March 30, 2020.
  3. ^ "'Stranger Things' David Harbour Wins Critics' Choice Award". TV Shows. Dicapai pada March 30, 2020.
  4. ^ "David Harbour". Television Academy. Dicapai pada March 30, 2020.
  5. ^ "David Harbour". www.goldenglobes.com. Dicapai pada March 30, 2020.

Pautan luar sunting