David Lekuta Rudisha

David Lekuta Rudisha (lahir 17 Disember 1988) ialah seorang pelari jarak sederhana Kenya dan pemegang rekod dunia dalam acara 800 meter dengan masa 1:41.09.

David Lekuta Rudisha
David Rudisha KBC Night of Athletics 2010.jpg
Rekod pingat
Mewakili  Kenya
Olahraga lelaki
Kejohanan Afrika
Pingat emas – tempat pertama Addis Ababa 2008 800 m
Pingat emas – tempat pertama Nairobi 2010 800 m
Kejohanan Remaja Dunia
Pingat emas – tempat pertama Beijing 2006 800 m
Kejohanan Remaja Afrika
Pingat emas – tempat pertama Ouagadougou 2007 800 m

Rudisha memegang rekod dunia untuk lari 800 m selepas memecahkan rekod lama di kejohanan IAAF World Challenge ISTAF di Berlin pada 22 Ogos 2010, dengan catatan masa 1:41.09.[1] Rekod sebelumnya, dipegang oleh pelari Denmark kelahiran Kenya Wilson Kipketer, telah kekal sejak 1997; Rudisha memecahkannya dengan 0.02 saat.[2] Rudisha mendakwa ia merupakan "cubaan sebenar pertamanya" memecahkan rekod tersebut, dan dia mampu memperbaiki masanya.[3]

Catatan terbaikSunting

Acara Masa Tarikh Tempat
400 m 45.50 27 Februari 2010 Sydney
800 m 1:41.09 22 Ogos 2010 Berlin

Rekod dunia

RujukanSunting

  1. ^ "Athletics: Record for Rudisha". Sky Sports. British Sky Broadcasting. 22 Ogos 2010. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  2. ^ "David Rudisha breaks 800m world record". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
  3. ^ Ryland James (22 Ogos 2010). "Outstanding Rudisha sets new 800m world record". AFP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-25. Dicapai pada 23 Ogos 2010.
Rekod
Didahului oleh
  Wilson Kipketer
Pemegang rekod dunia 800 meter lelaki
22 Ogos 2010 – kini
Diikuti oleh:
Penyandang