David Thompson (ahli politik Barbados)

David John Howard Thompson, MP (25 Disember 1961[1] – 23 Oktober 2010[2]) merupakan Perdana Menteri keenam Barbados mulai Januari 2008 sehingga kematiannya akibat barah pankreas pada 23 Oktober 2010.


David Thompson

Perdana Menteri Barbados
Dalam jawatan
16 Januari 2008 – 23 Oktober 2010
RajaElizabeth II
Gabenor JeneralClifford Husbands
TimbalanFreundel Stuart
Didahului olehOwen Arthur
Digantikan olehFreundel Stuart
Anggota Parlimen
untuk Saint John
Dalam jawatan
1987 – 23 Oktober 2010
Didahului olehErrol Barrow
Digantikan olehKosong
Butiran peribadi
Lahir(1961-12-25)25 Disember 1961
London, United Kingdom
Meninggal dunia23 Oktober 2010(2010-10-23) (umur 48)
Mapps, Barbados
Parti politikParti Buruh Demokratik
PasanganMarie-Josephine Mara
Anak-anakMisha
Oya
Osa-Marie
ProfesionPeguam

Thompson merupakan Perdana Menteri Barbados ketiga yang meninggal dunia ketika memegang kuasa selepas kematian Tom Adams pada tahun 1985 dan Errol Barrow pada tahun 1987.[3]

Kehidupan awal sunting

Thompson dilahirkan di London[4] kepada Charles Thompson, seorang porter dan pelukis,[5][6] dan Margaret Knight,[7][8] seorang setiausaha dan jururawat.[6] Kedua-dua ibu bapanya banyak mempengaruhi kehidupan Thompson.[9] Thompson dibesarkan bersama enam adik-beradiknya di Fitts Village, Saint James.[6]

Politik sunting

Thompson menceburi bidang politik menerusi pilihan raya kecil berikutan kematian Perdana Menteri Errol Barrow, apabila beliau memenangi kerusi Saint John pada tahun 1987.[4][1] Ketika Erskine Sandiford menjadi Perdana Menteri, Thompson bertugas sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kebudayaan mulai tahun 1991 hingga 1993. Selepas itu, dia dilantik sebagai Menteri Kewangan hingga tahun 1994. Thompson menjadi ketua DLP apabila Sandiford meletak jawatan setelah tewas dalam usul tidak percaya dalam parlimen. Thompson mengetuai kempen Parti Buruh Demokratik dalam pilihan raya 1994 dan 1999, tetapi gagal dalam kedua-duanya. Beliau meletak jawatan ketua parti pada September 2000 berikutan kekalahan ketiga selaku ketua parti pada pilihan raya kecil St. Thomas. Bagaimanapun, apabila ketua parti Clyde Mascoll berpaling tadah ke Parti Buruh Barbados, Thompson sekali lagi menjadi ketua pembangkang pada Januari 2006.[4][1]

Parti Buruh Demokratik memenangi pilihan raya umum pada 15 Januari 2008 dengan meraih 20 kerusi berbanding 10 untuk Parti Buruh Barbados yang diketuai bekas Perdana Menteri Owen Arthur. Thompson mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam pada 16 Januari.[10] Thompson turut mengekalkan kerusinya untuk kawasan parlimen St. John dengan 84% undian.[11] Beliau mengumumkan Jemaah Menterinya pada 19 Januari, termasuk dirinya sebagai Menteri Kewangan, Hal-Ehwal dan Pembangunan Ekonomi, Buruh, Perkhidmatan Awam dan Tenaga; Jemaah tersebut mengangkat sumpah pada hari keesokannya.

Kematian sunting

Pada satu taklimat akhbar di kediaman rasminya, Ilaro Court, pada 14 Mei 2010, Thompson yang diiringi tabib peribadinya, Richard Ishmael, mengakui bahawa dirinya mengalami sakit perut sejak awal bulan Mac, dan juga telah menjalani pemeriksaan perubatan yang tidak berhasil di Barbados, kemudian pergi bersama Ishmael ke New York untuk membuat pemeriksaan lanjutan. Disebabkan proses pemeriksaan yang mengambil masa lama, tugas Perdana Menteri diambil alih Peguam Negara dan Timbalan Perdana Menteri Freundel Stuart buat sementara waktu.[12][13]

Pada 30 Ogos, Thompson kembali bertugas sebagai Perdana Menteri sekembalinya di Barbados dua hari sebelumnya. Pada 7 September, sekali lagi beliau ke New York atas sebab-sebab yang tidak diketahui.[14][15] Tidak lama kemudian, Richard Ishmael memaklumkan orang ramai bahawa Perdana Menteri mengalami barah pankreas.[16][17]

Thompson meninggal dunia di rumahnya di Mapps, St. Philip, pada kira-kira jam 2:10 pagi pada 23 Oktober 2010. Isterinya, Mara, dan anak-anak perempuannya Mischa, Oya dan Osa-Marie berada di sisinya.[18] Sebaik sahaja berita kematian Thompson tersebar, para pembesar serantau dan antarabangsa menyampaikan ucapan takziah[19][20] kepada keluarga Thompson dan bangsa Barbados.[21]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Rulers
  2. ^ "Barbados in mourning: PM Thompson is dead". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-26. Dicapai pada 2010-10-26.
  3. ^ Singh, Rickey (2010-10-24). "Barbados PM David Thompson is dead - Freundel Stuart sworn in as new leader". Jamaica Observer. Dicapai pada 2010-10-25.
  4. ^ a b c "Thompson: 'much at stake for Barbados'", BBC Caribbean, 16 Januari 2008.
  5. ^ N.B./B.W. (24 Oktober 2010). "Little brother's death 'tough'". Nation Newspaper. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-20. Dicapai pada 25 October 2010. Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan)
  6. ^ a b c Site admin (2008). "DAVID JOHN HOWARD THOMPSON – A MAN WHOSE TIME HAS COME" (dalam bahasa English). DLP. Dicapai pada 17 September 2010. He is one of seven siblings whose father worked as a porter and painter, and whose mother was a secretary and nurse. He grew up in Fitts Village when most of the area was still a beach tenantry. Cite has empty unknown parameters: |trans_title=, |separator=, |month=, dan |coauthors= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ J. R. T. (18 January 2010). "Seven Barbadians honoured by DLP". Barbados Advocate (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada 17 September 2010. Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Site admin. "Mum's hope". Nation Newspaper (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-20. Dicapai pada 17 September 2010. Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ G., H. (26 May 2009). "PM David Thompson now Queen's Counsel". Barbados Advocate (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-11. Dicapai pada 17 September 2010. Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Thompson sworn in as Barbados PM", Xinhua, 17 Januari 2008.
  11. ^ Election result page for St. John in the 2008 election Diarkibkan 2008-01-20 di Wayback Machine.
  12. ^ Gibbons, Wade (1 Julai 2010). Nation Newspaper (dalam bahasa English) http://www.nationnews.com/index.php/articles/view/PM-on-two-months-sick-leave/. Dicapai pada 8 September 2010. PRIME MINISTER DAVID THOMPSON will be taking two months leave from his national responsibilities and could be heading for major surgery. During a national broadcast from Government Headquarters, Thompson said that during the past few weeks he had undergone “observation, tests an Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan); line feed character in |quote= at position 137 (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Staff writers (23 Oktober 2010). "Breaking News: Cabinet members to be re-confirmed this afternoon". The Barbados Advocate (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-11. Dicapai pada 23 October 2010. 11:56 a.m. – The newly sworn in Prime Minister of Barbados, Freundel Stuart, has announced that in accordance with protocol, Cabinet members will be reconfirmed in their positions during a swearing in ceremony this afternoon at 3 p.m. Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ S., T. (8 September 2010). "PM off to New York". Nation Newspaper (dalam bahasa English). Dicapai pada 8 September 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ H., J. (9 September 2010). "'On top of things'". The Barbados Advocate (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-26. Dicapai pada 9 September 2010. PRIME Minister David Thompson has assured the nation yesterday, that during his time away he continues to keep abreast of what is happening in the country. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ David Ellis (16 September 2010). "PM Health update" (dalam bahasa English). Voice of Barbados, STARCOM Network News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-19. Dicapai pada 16 September 2010. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Audio of Dr Ishmael's Statement". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-23. Dicapai pada 2010-10-26.
  18. ^ "Barbados in mourning: PM Thompson is dead". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-26. Dicapai pada 2010-10-26.
  19. ^ Staff writer (23 October 2010). "UPDATE: CARICOM SG mourns PM's death". The Barbados Advocate (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-11. Dicapai pada 23 Oktober 2010. Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ Ingraham, Hubert (23 Oktober 2010). "Prime Minister Ingraham's Statement on Death of Barbados PM David Thompson". The Bahamas Weekly (dalam bahasa English). Bahamas Information Services. Dicapai pada 23 Oktober 2010. Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ Staff writer (23 October 2010). "UPDATE: Barbados, region and beyond mourn the passing of Prime Minister David Thompson". The Barbados Advocate (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-11. Dicapai pada 23 Oktober 2010. Cite has empty unknown parameters: |pmd= dan |trans_title= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Owen Arthur
Perdana Menteri Barbados
2008–2010
Diikuti oleh:
Freundel Stuart