Dayot Upamecano

pemain bola sepak

Dayotchanculle Oswald Upamecano (lahir 27 Oktober 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Jerman, Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Perancis.

Dayot Upamecano
Maklumat peribadi
Nama penuh Dayotchanculle Oswald Upamecano[1]
Tarikh lahir (1998-10-27) 27 Oktober 1998 (umur 25)
Tempat lahir Évreux, Perancis
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayern Munich
Nombor 2
Kerjaya remaja
2004–2007 Vaillante S. Angers
2008–2009 FC De Prey
2009–2013 Évreux
2013–2015 Valenciennes FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2016 Liefering 16 (0)
2016–2017 Red Bull Salzburg 17 (0)
2017–2021 RB Leipzig 112 (4)
2021– Bayern Munich 62 (1)
Pasukan kebangsaan
2014 Perancis B16 3 (0)
2014–2015 Perancis B17 12 (0)
2015–2016 Perancis B18 10 (1)
2016–2017 Perancis B19 6 (0)
2018–2021 Perancis B21 16 (1)
2020– Perancis 16 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 September 2023 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Upamecano merupakan produk dari akademi belia Valenciennes. Selepas beliau menarik perhatian kelab-kelab gergasi Eropah termasuklah Manchester United, beliau menyertai Red Bull Salzburg pada Julai 2015 dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sebanyak 2.2 juta euro.[2] Beliau hanya memanaskan bangku simpanan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Malmö pada 29 Julai 2015.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan simpanan Salzburg iaitu FC Liefering pada dua hari kemudian dalam aksi liga menewaskan St. Pölten 2-1.[4]

Pada 13 Januari 2017, Upamecano menyertai kelab RB Leipzig dengan kontrak selama empat tahun setengah dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai 10 juta.[5]

Pada 2 Julai 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam anugerah Golden Boy 2018.

Kerjaya antarabangsa sunting

Upamecano dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Guinea-Bissau.[6] Beliau telah mewakili pasukan bawah-16 Perancis yang menamatkan kejohanan Piala Aegea 2014 di tempat ketiga.[7] Beliau beraksi dalam tiga daripada empat perlawanan kejohanan itu dan telah dinobatkan sebagai pemain pertahanan terbaik kejohanan.[8][9] Beliau seterusnya mewakili pasukan bawah-17 Perancis dengan melakukan penampilan sulungnya pada perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah menentang Cyprus pada 27 Oktober 2014. Perancis akhirnya menjuarai Kejohanan Eropah Bawah-17 2015 dengan menyaksikan Upamecano beraksi dalam tiap-tiap perlawanan pasukannya sebelum disenaraikan kedalam pasukan pilihan kejohanan.[10][11] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-18 Perancis dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan pada 4 September 2015.[12]

Upamecano juga layak untuk mewakili pasukan kebangsaan Guinea-Bissau, Perancis dan Portugal.

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 1 Jun 2020.[13]
Kelab Musim Liga Piala[a] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Liefering 2015–16 16 0 16 0
  Red Bull Salzburg 2015–16 2 0 0 0 0 0 2 0
2016–17 15 0 1 0 5[b] 0 21 0
Jumlah 17 0 1 0 5 0 23 0
  Leipzig 2016–17 12 0 0 0 12 0
2017–18 28 3 2 0 11[c] 0 41 3
2018–19 15 0 3 0 4[d] 0 22 0
2019–20 24 0 2 0 6[e] 0 32 0
Jumlah 79 3 7 0 21 0 107 3
Jumlah kerjaya 113 3 8 0 26 0 146 3
  1. ^ Termasuk Piala Austria dan DFB-Pokal.
  2. ^ Satu penampilan di Liga Juara-Juara UEFA dan empat penampilan di Liga Europa UEFA.
  3. ^ Lima penampilan di Liga Juara-Juara UEFA dan enam penampilan di Liga Europa UEFA.
  4. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA
  5. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA

Pencapaian sunting

Antarabangsa sunting

Perancis B17

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Dayotchanculle Oswald Upamecano". Bundesliga. Dicapai pada 30 October 2019.
  2. ^ "Manchester United target Dayot Upamecano signs for FC Red Bull Salzburg". International Business Times. 11 July 2015. Dicapai pada 23 September 2015.
  3. ^ "Red Bull Salzburg 2 – 0 Malmö FF". Eurosport. Dicapai pada 23 September 2015.
  4. ^ "FC Liefering gewinnt zu neunt gegen St. Pölten" (dalam bahasa German). FC Red Bull Salzburg. 31 July 2015. Dicapai pada 23 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "RB Leipzig sign Dayot Upamecano from Red Bull Salzburg". Goal.com (dalam bahasa Inggeris). 13 January 2017.
  6. ^ "Dayot Upamecano, l'autre Français de Leipzig". leprogres.fr. Dicapai pada 6 May 2018.
  7. ^ "Dayot Upamecano: Who is the Man Utd, Man City and Arsenal target?". Sky Sports. 2 June 2015. Dicapai pada 23 September 2015.
  8. ^ "Dayot Upamecano" (dalam bahasa French). French Football Federation. Dicapai pada 23 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "USA win 2014 Mercedes-Benz Aegean Cup". Turkish Football Federation. 26 January 2014. Dicapai pada 23 September 2015.
  10. ^ "Dayot Upamecano". UEFA. Dicapai pada 23 September 2015.
  11. ^ "Team of the Tournament". UEFA. Dicapai pada 23 September 2015.
  12. ^ "France – Etats-Unis" (dalam bahasa French). French Football Federation. Dicapai pada 23 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Dayot Upamecano Socceway Profile". Dicapai pada 1 October 2016.
  14. ^ "Team of the Tournament". UEFA.com. Union of European Football Associations. Dicapai pada 20 November 2017.

Pautan luar sunting