Debu-Debu Kasih ialah sebuah filem drama romantik Malaysia Malaysia 1995 yang ditayangkan pada tahun 1995. Filem ini telah diarahkan oleh Pansha. Dibintangi oleh Sham Visa dan Aida Aris sebagai watak utama.

Debu-Debu Kasih
PengarahPansha
PenulisLazim Endut
Lakon layarLazim Endut
Pansha
Dihasilkan olehPansha
Dibintangi
SinematografiOmar Ismail
Disunting olehElias Maidin
Syarikat
penerbitan
Berjaya Film Production Sdn Bhd
Tarikh tayangan
1995
Masa tayangan
108 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Suzana kelulusan muzik mengikut kawannya Linda bercuti di kampungnya di Terengganu. Suzana berkenalan dengan Shamsul atau Sham. Sham dan Mamat adalah kutu kampung yang pemalas. Hobi mereka mencuri, mengendap dan menghabiskan masa dengan mengarang puisi dan lagu. Sham juga merupakan seorang penagih dadah.

Satu hari, Sham menyuarakan hasrat hatinya untuk menjadi seorang penyanyi kepada orang tuanya, namun di tentang keras oleh orang tuanya. Ayahnya telah memecahkan gitar kesayangan Sham sambil disaksikan oleh Suzana dan Linda. Kerana simpati, Suzana telah mengantikan gitar Sham dan bersetuju mengikut Sham ke malam kebudayaan kampung itu.

Suzana dan Linda ke kawasan air terjun dan Suzana hampir lemas namun berjaya diselamatkan oleh Sham. Suzana terhutang budi tergadai body.. Eh.. Oppsss.. 😅 atas bantuan Sham dan mula jatuh hati pada Sham. Linda menasihati Suzana agar berhati-hati dengan Sham kerana latar belakangnya seorang penagih, namun disangkal oleh Suzana dengan alasan hanya meminati suara dan bakat Sham.

Suzana menyedari bahawa Sham mempunyai potensi yang baik dengan mencari peluang pekerjaan untuk Sham dalam bidang muzik, walaupun tidak dipersetujui oleh Linda. Sham mengajak Mamat mengubah nasib mereka dengan turun ke laut. Suzana mengajak Sham dan Mamat ke Kuala Lumpur untuk meneruskan cita-cita mereka dalam bidang muzik.

Dengan bantuan ayah Suzana, Sham dapat merakamkan album dan menjadi penyanyi terkenal. Setelah kehidupannya diulit dengan wang ringgit dan populariti, Sham mula lupa diri dan mula berpeleseran. Linda cuba memberitahu Suzana, namun disangkal oleh Suzana. Keadaan menjadi tegang apabila memdapat tahu Rozie sentiasa bersama Sham. Mamat bertanya kepada Sham kemanakah Sham menghilang selama 2 hari namun dimarahi oleh Sham kerana masuk campur hal peribadinya. Suzana menghubungi Sham dan mengajaknya berjumpa. Suzana cuba bertanyakan Sham tentang Rozie. Namun Sham cuba mengelak.

Sham mengadakan persembahan di Dataran Merdeka. Rozie hadir dan memberikan sejambak bunga pada Sham dan ini menyebabkan Suzana berasa cemburu dan Sham berlalu meninggalkan Suzana begitu sahaja.Sham mula menjauhkan diri dari Suzana dan Mamat. Ayah Suzana berjanji dengan Tan Sri untuk mendapatkan Sham sebagai artis jemputan di majlis perkahwinan anak Tan Sri. Suzana datang ke rumah Sham untuk memaklumkan perkara itu kepada Sham namum Sham cuba menyakitkan hati Suzana dengan mengatakan dia tidak perlukan khidmat Suzana lagi. Sham juga meletakkan syarat untuk mengenakan bayaran sebanyak RM15k pada Suzana sekiranya memerlukan khidmatnya. Suzana kecewa dan berlalu pergi.

Ayah Suzana pulang dan mendapati anak kesayangannya sedang bersedih. Suzana menceritakan segala-galanya termasuk penolakan cinta dia kepada Suzana dengan mengatakan dia hanya akan menyanyi dengan percuma di majlis perkahwinan Suzana. Ayah Suzana ke rumah Sham dan membayar RM15k mengikut kehendak Sham. Mamat memarahi Sham kerana semakin lupa diri. Sham menghalau Mamat dan mencampakkan radio dan gambar ibu bapa Mamat sehingga pecah. Mamat meninggalkan rumah itu dengan seribu kesedihan.

Kesihatan Sham semakin hari semakin merosot. Ayah Suzana menetapkan bahawa jodoh Suzana akan ditentukan olehnya. Dan Suzana terpaksa akur. Sham datang berjumpa Suzana dan mengatakan bahawa dia masih menyayangi Suzana. Sham mengatakan dia akan menyanyi juga di majlis perkahwinan anak Tan Sri itu dengan harga RM10k sambil memulangkan cek RM15k itu dan Sham tetap pendirian untuk menyanyi di majlis perkahwinan Suzana dengan percuma. Hati Suzana semakin hancur dan Suzana mengadu kepada Linda. Linda berjanji akan membantu Suzana menyelesaikan kemelut di antara Sham dan Suzana.

Linda dan Suzana ke lorong untuk mencari Sham. Mereka telah diganggu oleh penagih disitu dan di selamatkan oleh Rozie. Rupanya Rozie seorang anggota polis yang sedang melakukan undercover mencari artis yang terlibat dengan dadah. Rozie mengatakan Sham telah pulang ke kampung dan mengalami sakit misteri akibat penyalahgunaan dadah. Suzana dan Linda pulang ke kampung mencari Sham namun sudah terlambat. Sham telah meninggalkan mereka dan Sham telah menitipkan warkah terakhir untuk Suzana.

Pelakon

sunting

Pautan luar

sunting