"Debu Bercahaya" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, Noh Salleh.[1] Lagu diinspirasikan dari kisah tragedi yang menimpa rakan baik Noh sendiri.[2] Ia dikeluarkan pada 30 April 2019 menerusi label Noh Phrofile Enterprise.[3]

"Debu Bercahaya"
Single oleh Noh Salleh
Sisi B"Mahu Kemana"
Dilancarkan pada30 April 2019
Dirakamkan pada2015–2019
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePower Pop
Panjang3:39
SyarikatNoh Phrofile Enterprise
PenulisNoh Salleh
PenerbitNoh Salleh
"Debu Bercahaya" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Dalam temuramah bersama Berita Harian, Noh berkata "Debu Bercahaya" mengambil masa empat tahun untuk disiapkan akibat kekangan kewangan.[1][4] Lagu ini ditulis berdasarkan daripada satu tragedi yang menimpa rakan baiknya pada 2016.[1]

"Salah seorang kawan baik saya pernah ditimpa kemalangan dan saya begitu tersentuh melihat pengorbanan isteri kawan saya itu yang sanggup berada di samping suaminya. Sepanjang dia sakit selepas kemalangan yang terpaksa dihadapi isterinya dan itulah yang memberi saya inspirasi lagu ini,"[5]

Lagu ini telah dirakamkan di Indonesia dan membawa elemen Pop Perancis dari era 60an dan 70an dimana Noh percaya ia menjadi rujukan yang baik untuk pemuzik generasi baru.[2]

Muzik video sunting

Muzik video untuk "Debu Bercahaya" diarahkan oleh Ahmad Faris dari saluran hiburan indie TAPAUtv. Untuk menjadikan muzik videonya lebih realistik, pasukannya bekerjasama dengan orang-orang di belakang dokumentari Vans, Demi, pemain papan luncur legenda Malaysia, Pa'din Musa. Dalam video muzik, dengan adegan Noh Salleh memainkan gitarnya dengan unggun api, ia menunjukkan beliau menunggang motosikal di atas jalan raya, dengan pemandangan indah hutan dan pantai. Sinematografi dan muzik digabungkan merangkumi jenis cinta yang kesepian.[6]

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital[7]
  1. "Debu Bercahaya" – 3:39
  2. "Mahu Kemana" – 4:01

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 30 April 2019 Muat turun digital[7]
pensitriman digital[8]
Noh Phrofile Enterprise

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Fatin Farhana Ariffin (1 Mei 2019). "Kumpul duit empat tahun siapkan Debu Bercahaya". Berita Harian. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  2. ^ a b Helmi Anuar (1 Mei 2019). "Kisah Sebalik 'Debu Bercahaya' Noh Salleh". Salam Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-08. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  3. ^ "Inspirasi di sebalik Debu Bercahaya". Berita Harian. 13 Mei 2019. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  4. ^ Ilya Syiqreen (13 Mei 2019). "Noh Salleh ambil masa empat tahun untuk siapkan Debu Bercahaya". Stail.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-14. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  5. ^ "Tersentuh Lihat Pengorbanan Sahabat, Noh Salleh Tulis Lirik 'Debu Bercahaya'". XTRA. 30 April 2019. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  6. ^ Nabil Kamal (18 Februari 2019). "Debu Bercahaya is Noh Salleh's uplifting message to humanity". Masses. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  7. ^ a b "Debu Bercahaya - Single". iTunes Store (MY). Apple. 15 Mac 2019. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  8. ^ "Debu Bercahaya - Single by Noh Phrofile Enterprise". Spotify. 30 April 2019. Dicapai pada 8 Disember 2019.

Pautan luar sunting