Dedap merah

spesies tumbuhan

Dedap, dadap, dedap serap atau dedap batik (nama saintfik: Erythrina variegata[2]) adalah suatu spesies tumbuhan dalam keluarga Erythrina yang bertaburan sekitar kawasan-kawasan tropika dan subtropika Afrika, anak benua India dan pulau-pulau Lautan Hindi, utara benua Australia, sampailah ke barat Lautan Pasifik di pulau Fiji.[3][4]

Dedap/Dadap
Dedap serap
Dedap batik
Pokok di Kajang, Daerah Hulu Langat, Malaysia.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
E. variegata
Nama binomial
Erythrina variegata

Pokok dedap sering ditemukan secara semulajadi di pantai dan hutan-hutan sekitar terutamanya berdekatan muara sungai.[5]

"Dadap" turunan kata akar Proto-Austronesia *dapdap₁.[6]

Botani sunting

Pokok dedap mampu mencapai ketinggian antara 15 hingga 20 meter dengan ranting memanjang 50–60 sm. Batang pokok yang masih muda dan halus bergaris-garis hijau mendatar dengan warna kekelabuan, keperangan atau keputihan; batang biasanya dengan duri-duri tempel kecil (1–2 mm) berwarna hitam.[7] Dedaun pokok tumbuh majmuk dari tangkai-tangkai panjang 10–40 cm,[5] 3 helai anak daun setangkai berbentuk hati atau rombus berhujung tumpul[5] dan beraneka rona (hijau hingga hijau muda) serta kuning pudar di sepanjang tulang daun dan urat sisi. Daun-daun ini sering meluruh pada musim kemarau.

 
Bunga di Kolkata, Bengal Barat, India.

Bunga-bunga tersusun menjambak dalam suatu tandan hampir berbentuk kon 25 sm panjang, setiap kuntum bunga mempunyai kelopak berwarna merah terang kejinggaan menyala hingga merah gelap dengan panjang 5.5-8 × 8 sm[5] dan 10 stamen[4] sekuntum. Lenggai biji yang terhasil dari persenyawaan ini lampai dan langsing mencapai sehingga 15–27 sm panjang setiap lenggai mengandungi 5-10 butir biji benih bujur berwarna merah tua atau ungu gelap berpermukaan gilap.[8][4]

Kegunaan sunting

Kayu sunting

Pokok ini sering digunakan sebagai bahan penting dalam industri pembalakan dan pembuatan kertas.[4] Kayu dedap digunakan secara tradisi dalam pelbagai cara oleh masyarakat setempat dari membuat lembing dan perisai (seperti di New Britain) sehinggalah ke jala (Kemboja).[4]

Perubatan sunting

Manuskrip Kitab Tibb Pontianak dikarang Haji Ismail bin Haji Mustafa di Pontianak, Kalimantan pada 1325 H (atau 1907-1908 M) ada menyenaraikan banyak faedah menggunakan pokok dedap dalam merawat pelbagai penyakit termasuk batuk, bengkak, pendarahan dalaman serta merangsang pengeluaran air susu dalam ibu yang hamil.[9]

Perhutanan sunting

Pokok-pokok dedap juga dimanfaatkan sebagai penghalang angin dan pokok pelindung (terutamanya dalam penanaman kopi)[10] serta sebagai tanaman hiasan;[11] ia sering ditanam di sepanjang tepi jalan raya dan taman-taman.

Petani-petani yang mengusahakan sirih, lada hitam dan vanila d India menggunakan pokok ini sebagai pokok penyokong jalar.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ Groom, A. (2012). "Erythrina variegata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2012: e.T19891448A20072331. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  2. ^ Muhamad Zakaria; Mustafa Ali Mohd. Traditional Malay Medicinal Plants. Institut Terjemahan Negara Malaysia. m/s. 172. ISBN 978-983-068-385-0.
  3. ^ "Erythrina variegata". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  4. ^ a b c d e "Erythrina variegata". World Agroforestry Centre. 2009. Dicapai pada 14 Julai 2021.
  5. ^ a b c d Steenis, CGGJ van. 1981. Flora, untuk sekolah di Indonesia. PT Pradnya Paramita, Jakarta. Hal. 234-215.
  6. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*dapdap₁: a tree with dense clusters of red flowers, the Indian coral tree, Erythrina indica". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 10 November 2022.
  7. ^ Jensen, M. 1999. Trees Commonly Cultivated in Southeast Asia: an illustrated field guide. 2nd Ed.Templat:Pranala mati FAO - RAP Publication: 1999/13
  8. ^ NFTA. 1994. Erythrina variegata: more than a pretty tree[pautan mati kekal]Templat:Pranala mati. NFTA 94-02. Waimanalo.
  9. ^ Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid; Nurul Wahidah Binti Fauzi (2012). "Perubatan Melayu Tradisional: Kitab Tibb Pontianak". Al-Tamaddun. Universiti Malaya. 7 (1): 149–162.
  10. ^ a b Hegde, N. (1993). "Cultivation and uses of Erythrina variegata in Western India". Dalam Westley, S. B.; M. H., Powell (penyunting). Erythrina in the New and Old Worlds. Paia, Hawaii, A.S: : NFTA. m/s. 77–84. dari "Nitrogen Fixing Trees". Nitrogen Fixing Tree Association. 8 September 1994 – melalui New Zealand Digital Library.
  11. ^ "Galeri Spesis". Universiti Dalam Taman. Universiti Sains Malaysia. 2007. Dicapai pada 14 Julai 2021.

Pautan luar sunting