Deddy Mizwar

Pelakon lelaki Indonesia

Deddy Mizwar (lahir 5 Mac 1955) merupakan seorang pelakon, pengarah dan ahli politik Indonesia. Kebanyakan filem dan drama beliau berunsur dakwah, agama dan mempunyai nilai moral kepada masyarakat. Antara filem dan drama beliau yang mengesankan ialah siri drama Pengembara, Mat Angin, Lorong Waktu, Demi Masa, Kiamat Sudah Dekat, Nagabonar Jadi 2, Para Pencari Tuhan, Adillah, Rinduku CintaMu, dan lain-lain.

Deddy Mizwar
Kelahiran (1955-03-05) 5 Mac 1955 (umur 69)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, Pengarah, Ahli politik
Tahun aktif1976 - kini
PasanganGiselawati Wiranegara
Anak-anakSenandung Nacita
Zulfikar Rakita Dewa

Kerjaya politik sunting

Pada 28 Mac 2009, Deddy Mizwar telah dipilih menjadi calon Presiden Indonesia. 13 parti menandatangani deklarasi "Koalisi Merak" (Mengutamakan Rakyat) dan memilih Deddy Mizwar dan Mej Jen (B) Saurip Kadi sebagai calon presiden dan naib presiden pada Pilpres 8 Julai 2009. 171 juta rakyat Indonesia akan mengundi pada pemilihan umum (Pemilu 2009) 9 April 2009 untuk memilih 560 wakil Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen.

13 parti tersebut ialah Parti Pengusaha dan Pekerja Indonesia (PPPI), Parti Peduli Rakyat Nasional (PPRN), Parti Kedaulatan, Parti Pemuda Indonesia (PPI), Parti Nasional Indonesia Marhaen (PNI Marhaen), Parti Penegak Demokrasi Indonesia (PPDI), Parti Pelopor, Parti Damai Sejahtera (PDS), Parti Bintang Reformasi (PBR), Parti Indonesia Sejahtera (PIS), Parti Merdeka, Parti Persatuan Nahdlatul Ummah Indonesia (PPNUI) dan Parti Buruh.[1]

Keluarga sunting

Deddy Mizwar merupakan anak kepada H. Adrian Andres (keturunan Belanda-Bugis) dan ibunya Nyonya Sun'ah. Ibunya banyak terlibat dengan kegiatan seni teater Betawi di Teater Remaja Jakarta. Deddy mengikuti jejak ibunya dalam seni teater sejak 1973 dan terlibat dalam filem mulai 1976. Akhir-akhir ini beliau mengabdikan diri kepada fiem dakwah Islam bersama isterinya Giselawati. Suami isteri ini menubuhkan syarikat PT Demi Gisela Citra Sinema pada 1996 dan menumpukan drama bergenre Islam meskipun pada waktu itu televisyen belum menerima fenomena tersebut. Drama begini tidak seharusnya terhadap pada bulan Ramadan saja.

Filemografi sunting

  1. Para Pencari Tuhan Jilid 1 & 2 (2007 - 2008)*
  2. Naga Bonar (Jadi) 2 (2007)*
  3. Ketika (2005)*
  4. Kiamat Sudah Dekat (2003)*
  5. Gema Kampus 66 (1991)
  6. Jual Tampang (1990)
  7. Dua Dari Tiga Lelaki (1990)
  8. Jangan Renggut Cintaku (1990)
  9. Putihnya Duka Kelabunya Bahagia (1989)
  10. Bayi Tabung (1988)
  11. Irisan-Irisan Hati (1988)
  12. Ayahku (1987)
  13. Bilur-bilur Penyesalan (1987)
  14. Cintaku di Rumah Susun (1987)
  15. Kerikil-Kerikil Tajam (1987)
  16. Naga Bonar (1987)
  17. Kuberikan Segalanya (1987)
  18. Kejarlah Daku Kau Kutangkap (1986)
  19. Arie Hanggara (1986)
  20. Opera Jakarta (1986)
  21. Menumpas Teroris (1986)
  22. Bila Saatnya Tiba (1985)
  23. Saat-Saat Kau Berbaring Di Dadaku (1985)
  24. Sunan Kalijaga & Syech Siti Jenar (1985)
  25. Hatiku Bukan Pualam (1985)
  26. Hati yang Perawan (1984)
  27. Sunan Kalijaga (1984)
  28. Bukan Impian Semusim (1982)

CATATAN: *juga sebagai sutradara

Anugerah dan penghargaan sunting

Juara sunting

  • Pemeran Pria Terbaik FFI dalam Arie Hanggara (1986)
  • Pemeran Pembantu Pria Terbaik FFI dalam Opera Jakarta (1986)
  • Pemeran Pria Terbaik FFI dalam Naga Bonar (1987)
  • Pemeran Pembantu Pria Terbaik FFI dalam Kuberikan Segalanya (1987)
  • Pemeran Pembantu Pria Piala Terbaik Piala Vidia FSI dalam Vonis Kepagian (1996)
  • Pemeran Pria Terbaik dan Sutradara Terbaik sekaligus Sinetron Terbaik FSI dalam Mat Angin (1999)
  • Pemeran Pria Terbaik FFI dalam Naga Bonar Jadi 2 (2007)

Nominasi FFI (12 kali) sunting

  • Bukan Impian Semusim FFI 1982
  • Sunan Kalijaga FFI 1984
  • Saat-saat Kau Berbaring Di dadaku FFI 1985
  • Kerikil-kerikil Tajam FFI 1985
  • Kejarlah Daku Kau Kutangkap FFI 1986
  • Ayahku FFI 1988
  • Putihnya Duka Kelabunya Bahagia FFI 1989
  • Dua Dari Tiga Lelaki FFI 1990
  • Jangan Renggut Cintaku FFI 1990

Rujukan sunting

Pautan luar sunting