DefTech AV8 Gempita ialah kenderaan berperisai pelbagai fungsi amfibia yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Malaysia DefTech dengan bantuan syarikat pertahanan Turki FNSS. Gempita menyerupai reka bentuk dan teknologi Turki FNSS Pars. Kenderaan ini mempunyai reka bentuk modular yang membolehkan pemasangan menara, senjata, sensor, dan sistem komunikasi yang berbeza pada kenderaan yang sama. Kenderaan ini mempunyai 12 varian termasuk pengangkut kakitangan berperisai, kenderaan tempur infantri, pemusnah kereta kebal, kenderaan perisikan isyarat dan kenderaan pemulihan. Ia dihasilkan oleh DefTech di Pahang, Malaysia.

DefTech AV8
DefTech AV8 sedang diarak di Perarakan Hari Kebangsaan Malaysia 2023
JenisKenderaan tempur berperisai
Tempat asal Malaysia
Turki
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2014 ke atas
Digunakan olehAngkatan Tentera Malaysia
Sejarah pengeluaran
PerekaDefTech
FNSS Defence Systems
PengeluarDefTech
Jumlah dibina257 dipesan[1]
Spesifikasi
Berat± 28,000 - 30,000 kg[2]
Panjang8 m
Lebar2.7 m (tidak termasuk perisai sampingan)
Tinggi2.17 m (atas badan)
Krew3 + 11 askar

ArmorPerisai aluminium dan keluli, perisai tambahan di hadapan dan sisi badan sehingga STANAG 4569 Aras 4
Senjata
pertama
30mm Denel LCT30 turet atau 25mm Sharpshooter Turret
Senjata
kedua
FN Herstal MAG 58M senapang mesin 7.62 mm sepaksi dan 4 ZT3 lngwe anti peluru kereta kebal untuk menara LCT30
EnjinDiesel Deutz
550 hp
Kuasa/berat18.3-19.6 HP/tan
Sistem ampaianSistem penggantungan udara bebas[3]
Jarak
operasi
700 km (430 bt)
Kelajuan100 km/h di jalan
6 km/h di air[4]

Varian sunting

Sejumlah 257 buah AV8 akan dihantar dalam 12 varian. Sebanyak 124 unit akan menjadi varian IFV30 dan IFV25 dalam kumpulan pertama 257 AV8s.[6]

Eksport sunting

Arab Saudi sunting

DefTech sedang mengambil langkah pertama mengeksport AV8 Gempita. Syarikat itu telah menghantar sekurang-kurangnya satu AV8 Gempita yang merupakan varian IFV30 ke Arab Saudi. Beberapa gambar AV8 Gempita dengan warna padang pasir yang diedarkan di internet mengukuhkan berita.[7]

Kemalangan sunting

Pada tahun 2016, AV8 terlibat dalam kemalangan selepas pekerja DefTech terbunuh semasa kejadian penggulingan.[8]

Pengendali sunting

  •   Malaysia 257 unit.sehingga 2022 lebih kurang 120 unit Gempita telah diserahkan kepada Tentera Darat[9]

Rujukan sunting

  1. ^ "The Malaysian Insider". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2014. Dicapai pada 24 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ https://m.youtube.com/watch?v=p51f_CAxbTI
  3. ^ "DefTech". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2014. Dicapai pada 24 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Administrator. "AV8 AV-8 8x8 Gempita armoured vehicle personnel carrier technical data sheet specifications pictures video". www.armyrecognition.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-09-02.
  5. ^ "ArmyRecognition". Dicapai pada 24 November 2014.
  6. ^ "ArmyRecognition". Dicapai pada 24 November 2014.
  7. ^ http://www.malaysiandefence.com/shooting-at-stars/
  8. ^ http://defence-blog.com/army/a-deftech-employee-killed-during-an-accident-with-a-av8-gempita-in-malaysia.html
  9. ^ http://www.army-technology.com/projects/deftech-av8-multi-role-wheeled-armoured-vehicle/