Defenestratio Pragensis

laman nyahkekaburan

Terdapat tiga kejadian dalam sejarah Bohemia (kini dalam Republik Czech) di mana beberapa orang (sama ada yang hidup atau mati) dibaling keluar daripada tingkap seberapa bangunan di kota Praha; insiden yang ganjil tapi mengerikan ini turut diberi nama Latinnya Defenestratio Pragensis[nota bahasa 1] (Czech: Pražská defenestrace, Jerman: Prager Fenstersturz, bahasa Inggeris: Defenestrations of Prague). Kejadian-kejadian ini berlaku antara kala masa yang tidak tentu iaitu pada 1419, 1483 dan 1618; ketiga-tiga rusuhan ini memainkan peranan utama menyebabkan seberapa kejadian utama dalam sejarah Eropah.

Gambaran kejadian penghumbanan berlaku tahun 1618 - Defenestrace karya Karel Svoboda (1848)

Pelemparan sebegini merupakan tindakan mengganas sering lazim berlaku pada zaman-zaman Pertengahan dan moden awal sebagai suatu penghakiman atau penghukuman oleh orang ramai; ia turut merupakan penunjukkan rasa kebencian terhadap kuasa atasan yang dianggap layak penggulingannya ketika masyarakat ini sering terpisah secara peringkat kelas.

Turutan masa sunting

 
Balai Dewan Nove Mesto yang menyaksikan penghumbanan pertama pada 1419

Kejadian pertama (1419) sunting

Pada 30 Julai 1419, sekumpulan pengikut Husite pimpinan seorang paderi bernama Jan Želivský berarak melalui jalan-jalan Praha ke Dewan Perbandaran Baru di Dataran Karel. Golongan ini berarak menunjuk perasaan atas rasa ketidakadilan pihak Gereja Katolik Rom dan para bangsawan terhadap golongan kebanyakan. Perkara ini turut diburukkan dengan penahanan seberapa golongan Hus atas dakwaan bidaah terhadap pihak Gereja.

Ketika tunjuk perasaan ini sedang berlaku, seketul batu dilemparkan ke arah Želivský dari tingkap dewan bandar sehingga mengena Želivský.[2] Keadaan ini membangkitkan kemarahan golongan Hus lalu mereka menyerbu dewan bandar; sekali kumpulan ini berada di dalamnya, mereka segera menangkap hakim, burgermeister dan beberapa ahli dewan bandar lalu menghumban keluar dari jendela dewan ini sehingga mati akibat terjunan itu. [2]

Kejadian kedua (1483) sunting

Pada 24 September 1483[perlu rujukan] semasa zaman pemerintahan Raja Ulászló II, suatu kelompok penganut Kristian tertentu menjalankan suatu rampasan kuasa sengit di kawasan-kawasan Staré Město dan Nové Město kota Praha membunuh burgermeister Staré Město dan tujuh anggota majlis perbandaran Nové Město. Mayat-mayat orang yang dibunuh ini dilemparkan keluar bangunan dewan perbandaran kedua-dua kawasan ini.

 
Menara Istana Kanseleri Praha di mana penghumbanan pembesar ini berlaku pada 1618 - tugu memperingati kejadian ini kelihatan di sebelah kanan gambar.

Kejadian ketiga (1618) sunting

Suatu perdamaian antara Maharaja Karl V dengan sebuah liga pakatan raja-raja bermazhab Lutheran berjaya meleraikan persengketaan hangat antara penganut mazhab Katolik Rom dengan Lutheran; antara usul dikemukan perdamaian ini termasuk kebenaran sesebuah raja memilih mazhab dianuti untuk rakyat jelatanya sendiri. Maharaja Rudolf II (1576–1612) meluaskan kebebasan dalam anutan Protestan dalam kalangan rakyat Bohemia, Maharaja Matthias (1612–1619) pula membenarkan adanya suatu agama rasmi diterima dalam lingkungan pemerintahan Bohemia sehingga dapat mewujudkan gereja sendiri. Pada 1619, Maharaja Matthias yang gering lanjut usia dan tiada putera segera mewariskan takhtanya kepada Ferdinand II. Ferdinand kuat menyokong golongan Katolik yang menyanggah gerakan Reformasi Protestan apatah lagi tidak menyukai kebebasan yang dinikmati rajkyat Bohemia. Ferdinand sebagai pemangku takhta menggesa Maharaja Matthias menghenetikan pembinaan gereja Protestan pada tanah diraja pada tahun 1618; para pemegang tanah Bohemia yang membantah tindakan beliau terus dipecat dan perhimpunan mereka dibubarkan.

Pada 23 Mei 1618, empat pembesar diraja Katolik iaitu Jaroslav Bořita dari Martinice, Vilem Slavata dari Chlum, Burggraf Adam II von Sternberg dan Matthew Leopold Popel Lobkowitz (who was the grand prior) tiba di Kanseleri Bohemia jam 8:30 pagi. Sementara itu, anggota-anggota Protestan pimpinan Graf Jindřich Thurn merancang bersemuka dengan para pembesar Katolik itu agar menyoal sama ada keempat-empat ini mempengaruhi Maharaja Matthias menitahkan penghentian pembinaan gereja Protestan. Adam II von Sternberg dan Matthew Leopold Popel Lobkowitz disahkan tidak terlibat langsung dalam pertengkarahan ini,lalu kedua-duanya dibenarkan keluar dengan bebas. Thurn segera mengecam Jaroslav dan Vilem atas tindakan mereka yang dikatakan telah menindas rakyat Protestan. Kelompok-kelompok yang menyaksikan ini menarik kedua-dua pembesar ini dan para pembantu mereka menghumban keluar tingkap dean kanseleri dari tingkat empat yang berketinggian 70 kaki (21 meter) - naunkeempat-empat mereka didapati selamat.[3][4]

Kejadian ketiga ini merupakan antara pencetus utama Perang Tiga Puluh Tahun yang melibatkan puak-puak Katolik Rom dan Protestan dalam Empayar Suci Rom; para kelompok Protestan dan Habsburg Katolik segera mengumpul sekutu untuk berperang sesama sendiri.[5]

Nota bahasa sunting

  1. ^ Bahasa Latin merupakan antara bahasa lazim dipakai pihak berkuasa serata Eropah untuk tujuan rasmi; perkataan defenestratio daripada gabungan de- bermaksud "nyah-" atau "keluar" sementara fenestra bermaksud "jendela" atau "tingkap"[1] - yakni gabungan ini dipadankan dengan "penyahjendelaan". Pragensis pula kata terbitan sifat daripada nama bahasa Latin kota Praha iaitu "Praga".

Rujukan sunting

  1. ^ Douglas Harper (2001). "defenestration". Online Etymological Dictionary. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2016.
  2. ^ a b Wolfsgrüber, C. (1907). "The Austro-Hungarian Monarchy". The Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company. Dicapai pada 11 Ogos 2014.
  3. ^ Beaulac, S. (2000). "The Westphalian Legal Orthodoxy – Myth or Reality?" (PDF). Journal of the History of International Law. 2 (2): 148–77. doi:10.1163/15718050020956812.
  4. ^ MacKay, John P; Hill, Bennett D; Buckler, John (1995). A history of Western society: from the Renaissance to 1815, Volume 2. Houghton Mifflin,
  5. ^ Gutmann, Myron P. (1988). "The Origins of the Thirty Years War". Journal of Interdisciplinary History. 18: 764–765. doi:10.2307/204823. JSTOR 204823.