Deimos (bulan)
Deimos (nama sistematik: Mars II, "Marikh II") ialah salah satu daripada dua bulan yang mengelilingi Marikh, bulan yang satu lagi ialah Phobos. Deimos memiliki jejari purata 6.2 km dan mengambil masa 30.3 jam untuk mengorbit Marikh. Jarak Deimos dari Marikh ialah 23,460 km, lebih jauh daripada Phobos.[10] Deimos mungkin ialah sebuah asteroid yang diganggu oleh Musytari, terkeluar dari orbit asal lalu ditangkap oleh planet Marikh, meskipun pandangan ini adalah berkontroversi.[11]
Penemuan | |
---|---|
Ditemui oleh | Asaph Hall |
Tarikh penemuan | 12 Ogos 1877 |
Designasi | |
Sebutan | /ˈdaɪmɒs/[1] to /ˈdiːməs/[2] atau Δεῖμος (dianggarkan sebagai /ˈdeɪmɒs/)[3] |
Dinamakan sempena | Δεῖμος |
Adjektif | Deimian /ˈdaɪmiən/[4] |
Ciri-ciri orbit | |
Epok 21 September 2012 (JD 2456191.5) | |
Periapsis | 455.5 km 23 |
Apoapsis | 470.9 km 23 |
Paksi semimajor | 463.2 km 23[5] (6.92 jejari Marikh) |
Kesipian | 33 0.000[5] |
Tempoh orbit | h 1.263 [5] (30.312 jam) |
Kelajuan purata orbit | 1.3513 km/s[6] |
Kecondongan | 0.93° (berdasarkan khatulistiwa Marikh) 1.791° (berdasarkan satah Laplace)[5] 27.58° (berdasarkan ekliptik) |
Satelit bagi | Marikh |
Ciri-ciri fizikal | |
Dimensi | 15 × 12.2 × 11 km[7] |
Min jejari | 6.2 ± 0.18 km[8] (0.97316 mBumi) |
Luas permukaan | 495.1548 km2 (0.970755 µBumi)[perlu rujukan] |
Isi padu | 999.78 km3 (0.922979 nBumi)[perlu rujukan] |
Jisim | ×1015 kg 1.4762[6] (0.247179 nBumi) |
Min ketumpatan | ±0.166 g/cm3 1.471[8] |
Graviti permukaan khatulistiwa | 0.003 m/s2[6] (306 µg) |
Halaju lepas | 5.556 m/s (20 km/j)[6] |
Tempoh putaran | Segerak[5] |
Albedo | 0.068 ± 0.007[8] |
Magnitud ketara | 12.89[9] |
sunting |
Ciri-ciri
suntingSeperti kebanyakan objek dengan saiz seperti Deimos, satelit ini tidak berbentuk sfera dengan dimensi 15 × 12.2 × 11 km,[12] 56% saiz Phobos. Satelit ini adalah begitu poros dengan ketumpatan anggaran sebanyak hanya 1.471 g/cm3.[13] Halaju berlepas dari Deimos ialah 5.6 m/s manakala magnitud ketara Deimos bernilai 12.45.[6][8]
Orbit
suntingOrbit Deimos hampir berbentuk bulat dan berdekatan khatulistiwa Marikh, seperti orbit Phobos. Deimos yang dilihat dari Marikh akan memiliki diameter sudut sebanyak 2.5 minit (1 darjah bersamaan 60 minit), menjadikan Deimos ibarat bintang apabila diperhatikan dari Marikh.[14] Deimos pada tahap yang paling terang akan menjadi cerah seperti Zuhrah yang diperhatikan dari Bumi.
Orbit Deimos secara perlahan-lahan menjadi semakin besar kerana orbitnya yang jauh dari Marikh serta kesan pecutan pasang surut. Deimos dijangka akan terlepas daripada graviti Marikh.[15]
Transit dari Marikh
suntingDeimos lazim melintasi kawasan di antara Matahari dan Marikh (transit), tetapi saiz Deimos terlalu kecil untuk menghasilkan gerhana Matahari penuh, dan hanya boleh dilihat sebagai bintik hitam kecil yang melintasi Matahari.
Sejarah
suntingDeimos ditemui oleh ahli astronomi, Asaph Hall di Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat, Washington, D.C. pada 12 Ogos 1817.[16] Beberapa hari kemudian, beliau menemui satu lagi bulan Marikh, Phobos dalam usahanya untuk mencari bulan-bulan di Marikh.
Nama Deimos (asalnya dieja sebagai Deimus) diberi oleh ahli sains dari Kolej Eton, Henry Madan sempena watak Deimos dalam mitologi Yunani berdasarkan buku Iliad.[17][18]
Penjelajahan
suntingPenjelajahan di Deimos adalah lebih kurang serupa dengan penjelajahan Marikh dan Phobos.[19] Gambar Deimos telah ditangkap oleh beberapa buah kapal angkasa yang ditugaskan untuk mengambil gambar Marikh. Tiada pendaratan pernah dibuat di Deimos.
Rujukan
sunting- ^ The Century Dictionary and Cyclopedia (1914)
- ^ "Moons of Mars – the Center for Planetary Science".
- ^ Templat:Lexico
- ^ Harry Shipman (2013) Humans in Space: 21st Century Frontiers, p. 317
- ^ a b c d e "HORIZONS Web-Interface". NASA. 21 September 2013. Dicapai pada 4 Disember 2013.
- ^ a b c d e "Mars: Moons: Deimos". NASA Solar System Exploration. 30 September 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2012. Dicapai pada 2 Disember 2013.
- ^ "Deimos". Dicapai pada 6 Jun 2014.
- ^ a b c d "Planetary Satellite Physical Parameters". Jet Propulsion Laboratory (Solar System Dynamics). 13 Julai 2006. Dicapai pada 29 Januari 2008.
- ^ "Mars' Moons".
- ^ Staff (2016). "Deimos". SeaSky.org. Dicapai pada 23 January 2016.
- ^ Burns, J. A., "Contradictory Clues as to the Origin of the Martian Moons," in Mars, H. H. Kieffer et al., eds., U. Arizona Press, Tucson, 1992
- ^ "Deimos". Dicapai pada June 6, 2014.
- ^ Busch, M. W.; dll. (2007). "Arecibo Radar Observations of Phobos and Deimos". Icarus. 186 (2): 581–584. Bibcode:2007Icar..186..581B. doi:10.1016/j.icarus.2006.11.003.
- ^ Richardson, R. S., If You Were on Mars, Astronomical Society of the Pacific Leaflets, Vol. 4, Helaian No. 178 (Disember 1943), m/s. 214–221
- ^ https://www.space.com/20345-deimos-moon.html Deimos: Facts About the Smaller Martian Moon
- ^ Hall, A.; Observations of the Satellites of Mars, Astronomische Nachrichten, Vol. 91, No. 2161 (17 Oktober 1877, ditandatangani pada 21 September 1877) m/s. 11/12–13/14
- ^ Blunck, Jürgen (2009). "The Satellites of Mars; Discovering and Naming the Satellites". Solar System Moons: Discovery and Mythology. Springer. m/s. 5. ISBN 978-3-540-68852-5.
- ^ Hall, A.; Names of the Satellites of Mars, Astronomische Nachrichten, Vol. 92, No. 2187 (14 Mac 1878, ditandatangani pada 7 Februari 1878), m/s. 47/48
- ^ Mars Phobos and Deimos Survey (M-PADS)–A Martian Moons Orbiter and Phobos Lander (Ball, Andrew J.; Price, Michael E.; Walker, Roger J.; Dando, Glyn C.; Wells, Nigel S; and Zarnecki, John C. (2009). Mars Phobos and Deimos Survey (M-PADS)–A Martian Moons Orbiter and Phobos Lander. Advances in Space Research, 43(1), m/s. 120–127.)
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Deimos (bulan) di Wikimedia Commons