Delta Danube (Delta Dunării dalam Bahasa Romania, Дельта Дунаю dalam Bahasa Ukraine), pemisahan di antara Tulcea daerah Romania dan Odessa Oblast Ukraine, merupakan delta terbesar dan terbaik dalam delta eropah, dengan keluasan kawasan sebesar 3446 km², selepas Delta Volga. Delta ini terletak pada kawasan di mana Sungai Danube mengalir ke Laut Hitam.

Delta Danube seperti yang diambil oleh misi Copernicus Sentinel-2

Warisan Dunia sunting

Dalam 1991, sebahagian daripada bahagian Romania Delta Danube telah dimasukkan dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan juga 812 hartanah membentuk sebahagian daripada warisan kebudayaan dan semula jadi. Jawatankuasa Warisan Dunia menganggap Delta Danube mempunyai nilai yang cemerlang secara universal. Kira-kira 2,733 km² delta ini ialah kawasan yang dilindungi dengan tegas.

Pada 1998, di bawah penyelian UNESCO Program bersama Manusia dan Biosfera, 626,403 hektar Delta Danube telah ditubuhkan sebagai tempat Simpanan Biosfera yang dikongsi oleh Romania dan Ukraine.

Dari segi sejarah, di Romania, sebahagian daripada Delta Danube merupakan tanah yang dirizabkan dalam tahun 1938.

Di Ukraine, Danube sebahagian daripada Rizab Negeri Laut Hitam yang telah ditubuhkan dalam tahun 1973. Dalam tahun 1981, diatur semula ke dalam Rizab (Simpanan) Alam "Danube Fluxes", dan pada tahun 1998 delta ini dianjurkan kepada Rizab(Simpanan) Danube Biosfera.

Geografi sunting

Setiap tahun, aluvium yang didepositkan dari Danube meningkatkan lebar delta itu pada kira-kira 40 meter, membuatkannya sangat dinamik. Di Tulcea, Danube terbahagi kepada tiga batang cabang aliran sungai sebelum mengalir ke dalam Laut: Chilia, Sulina dan Sfântu Gheorghe (Saint George) (Keramat George), walau bagaimanapun terdapat banyak lagi saluran lain yang berpecah membentuk Delta ke dalam kawasan-kawasan dengan mensiang, paya, pulau-pulau dan hutan, yang sesetengahnya dibanjiri pada musim bunga dan musim luruh. 2,500 tahun dulu, Herodotus pernah berkata bahawa pada masanya, Danube mempunyai tujuh cabang aliran ke laut tetapi sekarang hanya tinggal tiga sahaja.

Kebelakangan ini, dua terusan kendalian manusia menyeberangi Delta Danube. Kedua-dua terusan ini ialah kepunyaan Romania. Dalam tahun 2004, Ukraine merasmikan projek pembinaan bagi Terusan Bistroe untuk memberi tambahan satu terusan penghubung yang boleh disusuri dari Laut Hitam ke Delta Danube sebelah bahagian Ukraine. Bagaimanapun, Kesatuan Eropah menasihati Ukraine agar membatalkan projek itu kerana projek itu mungkin mengakibatkan kerosakan kepada ekosistem Delta Danube yang sudah rapuh. Pihak orang Romania pula bertegas bahawa mereka akan mendakwa Ukraine di Mahkamah Keadilan Antarabangsa jika masih tetap dengan keputusan mereka. Presiden Kuchma dari Ukraine pula mendakwa bahawa pihak Romania hanya takut bersaing daripada manfaat yang akan diperoleh daripada saluran baru kelak, dan mereka juga berusaha untuk membina saluran. Ketika pemerintahan Presiden Yuschenko, yang melawati Romania pada tahun 2005, kedua-dua belah pihak (Romania dan Ukraine) telah bersetuju bahawa badan profesional patut memutuskan nasib saluran itu. Dalam jangka panjang, Ukraine merancang membina terusan itu untuk saluran pelayaran, kalau bukan melalui Terusan Bistroe, saluran pelayaran itu akan diteruskan pada saluran lain.

 
Gambar Delta Danube

Alam Semulajadi sunting

Delta Danube merupakan habitat bagi 1,200 pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, 300 spesies burung serta 45 spesies ekor ikan air tawar dalam banyak tasik dan paya dalam ekosistem itu.

Delta Danube juga menempatkan berjuta-juta unggas dari seluruh dunia seperti Eropah, Asia, Afrika, dan kawasan Mediterranean datang untuk berehat dan makan semasa musim-musim penghijrahan. Banyak juga burung yang datang untuk menetas di sini.

Penduduk sunting

Kira-kira 15,000 orang hidup di Delta Danube itu, kebanyakan daripada mereka hidup dengan menangkap ikan dengan kayak tradisional yang diperbuat daripada kayu. Mereka juga terdiri daripada komuniti Lippovan yang merupakan keturunan Rite Followers yang telah meninggalkan Rusia pada tahun 1772 untuk mengelakkan penindasan keagamaan. Pusat utama masyarakat Lippovan dalam Danube Delta bahagian Ukraine ialah Vilkovo.

Sejarah sunting

Bermula pada abad Ke-15, Delta Danube merupakan sebahagian Empayar Uthmaniah. Pada tahun 1812, berikutan Perang Rusia-Turki sempadan-sempadan Uthmaniah dan Empayar Rusia telah ditetapkan oleh terusan Kilia dan terusan Stambul Danube yang lama, dan dalam tahun 1829 terusan Georgievsky. Perjanjian Paris pada tahun 1856 telah berakhir berikutan Perang Krimea, Delta Danube bersama-sama dengan dua buah daerah Selatan Bessarabia telah dimasukkan ke dalam Kerajaan Kecil Moldavia dan telah ditubuhkan satu suruhanjaya antarabangsa yang membuat satu siri kerja-kerja untuk membantu pengemudian di Delta tersebut. Pada tahun 1859, Moldavia telah menjadi sebahagian Kerajaan kecil Wallachia dan Moldavia Bersatu. Pada tahun 1878, akibat kekalahan Empayar Uthmaniah kepada Rusia dan Romania, sempadan antara dua negara tersebut iaitu Romania dan Rusia telah ditetapkan sekali lagi oleh terusan Kilia dan terusan Stambul yang lama.

Lihat juga sunting

Pautan keluar sunting