Demam kuning
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Demam kuning atau dikenali juga sebagai jaundis, merupakan kekuningan di bahagian kulit dan mata disebabkan oleh kandungan bilirubin yang tinggi. Ianya juga sering dikaitkan dengan kegatalan kulit. Najis akan berwarna lebih pucat dan kencing menjadi lebih gelap daripada biasa. Jaundis di kalangan bayi selalunya berlaku dalam minggu pertama kelahiran dan selalunya tidak menimbulkan bahaya. Namun jika jaundis tersebut berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan otak yang juga dikenali sebagai kernicterus.
Jaundis merupakan suatu penyakit yang berkaitan rapat dengan kegagalan organ hati memproses sel darah merah. Kegagalan ini mungkin disebabkan oleh beberapa sebab seperti:-