Demi Dia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Aziz M. Osman dibintangi oleh Zoey Rahman, Elfira Loy, dan Amar Baharin. Siri ditayangkan di TV3 menerusi Slot Akasia mulai 3 Julai 2013 dan tamat pada 13 Ogos 2013 menggantikan Teduhan Kasih.

Demi Dia
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehAziz M. Osman
PengarahAziz M. Osman
Dibintangi oleh
Elfira Loy
Zoey Rahman
Lagu pembukaanKasih Jangan Pergi - Pria Band
Lagu penutupKasih Jangan Pergi - Pria Band
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifPuteri Lily Lokman
PenyuntingDaniel Lee
Tempoh siaran1 jam per episod
Syarikat penerbitan
Ace Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal3 Julai 2013 – 13 Ogos 2013
Kronologi
MengikutiTeduhan Kasih
Diikuti olehCinta Jannah

Sinopsis sunting

Zack (Zoey Rahman) merupakan seorang lelaki yang kaya namun tidak pandai berdikari. Perkahwinan Zack dengan Azura (Elfira Loy) ditentang oleh bapa Zack iaitu Tan Sri Puteh (Usop Wilcha) kerana menganggap Zack tidak mampu menjadi khalifah dalam keluarga.Tan Sri Puteh terpaksa bersetuju namun dengan syarat Zack harus menghabiskan pelajarannya. Zack terpaksa akur. Atas arahan Tan Sri Puteh, Wanda (Dynas Mokhtar), iaitu kakak tiri Zack perlahan-lahan cuba memisahkan Zack dan Azura. Wanda mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan anak saudaranya. Demi mengembalikan semula ingatan Zack, Azura bangkit semula dan membalas dendam terhadap orang-orang yang pernah menganiaya dirinya.

Pelakon sunting

Rujukan sunting


TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Demi Dia Berikutnya
Teduhan Kasih Cinta Jannah